mula-mula nak cerita serba sedikit mengenai watak si pelupa..namanya SHARMINE ( min )..seorang perempuan berumur 20 tahun..Min ini seorang yang comel dan cantik tapi agak sedikit rendah.dia ni amat gemar dengan cerita korea,cakap je tajuk cerita semuanya dia tahu.sampaikan dia berangan-angan besar nak bersuamikan pelakon lelaki korea.selain itu,Min juga merupakan seorang pelajar pintar .tetapi satu perwatakan Min yang tak berubah-ubah dia memang pelupa orangnya.tak kiralah tentang apa,cepat je dia lupa.sampaikan mama dan rakan-rakan dia pun hairan dengan Min.
manakala pula si suka tido.namanya Shah..tetapi dia digelar PAKCIK.panggilan itu umpama sudah sebati dengannya.dia berumur 22 tahun dan merupakan seorang mahasiswa.Pakcik ni seorang yang agak tinggi jika dibandingkan dengan Min dan dia seorang yang romantik.tetapi hobi dia ialah tido.tak kira di mana sahaja,kalau dia bosan tido je lah jawapan yang paling bagus dalam kamus hidup dia dan agak gemar tido dalam kelas jika tidak berminat dengan sesuatu subjek.
sejak dari dulu Min dan Shah memang satu sekolah rendah.cuma yang membezakan antara mereka berdua ialah Shah adalah senior dan Min pula junior dan meraka amat mengenali antara satu sama lain.Shah ini merupakan seorang ketua perpustakaan dan dia bolehlah dikatakan famous dalam kalangan pelajar perempuan pada masa itu,tambahan pula dia juga merupakan atlet sekolah.tak kira sukan ape,semuanya di wakili sekolah.tetapi,keadaan Min ini agak berbeza pula dengan Shah sebab dia merupakan pelajar biasa di sekolah dan agak pemalu.sewaktu darjah enam Shah telah mendapat keputusan yang baik dalam UPSR.
dua tahun kemudian,Shah sudah berada di tingkatan dua manakala Min pula darjah enam.keputusan UPSR Min cemerlang dan dia merupakan salah seorang pelajar terbaik sekolah paada masa itu.akhirnya,Min telah mendapat tawaran sekolah berasrama penuh.dia berasa sangat gembira dan sedih pada masa itu sebabnya dia gembira segala penat lelah dia akhirnya bebaloi dengan keputusan yang cemerlang manakala Min juga diselebungi dengan perasaan sedih sebab dia akan berpisah dengan mama kesayangannya.tetapi Min tetap terima bahawa dia terpaksa menggagahkan diri untuk mengharungi duri ranjau kehidupan apabila mula belajar hidup berdikari kelak.akhirnya,masa yang dinantikan telah tiba apabila Min mendaftar sebagai pelajar tingakatan satu di sekolah tersebut.kini,dia mula memahami bahawa dia kena tabah dan pandai-pandai menbawa diri tatkala mama kesayangannya itu tiada di sisinya pada masa itu.kehidupan Min sebagai pelajar sekolah asrama bermula,dia terpaksa makan nasi kawah dan dia agak terkejut sebab tidak pernah jumpa keadaan seperti ini.apa yang Min boleh lakukan pada masa itu hanyalah bersabar dengan segala dugaan demi mencari ilmu untuk kejayaannya pada masa akan datang..........
beberapa tahun berlalu........akhirnya,Shah telah mengenali seorang wanita melalui laman web sosial iaitu facebook.dia mengenali tersebut melalui bekas gurunya yang merupakan kawan kepada wanita tersebut dalam laman web sosial facebook itu.sejak dari itulah,Shah mula chatting dengan wanita tersebut.wanita tersebut mengelarkan dirinya sebagai little princess.sejak detik itulah hubungan meraka menjadi rapat dan akrab.saling bertukar-tukar pendapat dan sebagai tempat mengadu masalah.tiba-tiba,Shah mendapat tahu satu berita yang amat memeranjatkannya...tanpa disedari selama ini bahawa little princess yang dia kenal melalui facebook itu merupakan Min yang dia kenal sewaktu berada di sekolah rendah dahulu dan Min juga merupakan anak kepada bekas gurunya sewaktu berada di sekolah menengah.semuanya telah terungkai bahawa wanita yang selama ini amat akrab dengannya merupakan junior sewaktu di sekolah rendah.Shah seumpama tidak mempercayai terhadap apa yang berlaku dan dia menganggap umpama mimpi dalam hidupnya.keadaan berbeza pula bagi Min kerna dia sudah lama mengetahui bahawa Shah itu adalah seniornya sewaktu di sekolah rendah dahulu.tetapi dia mahu merahsiakannya daripada Shah atas sebab-sebab tertentu.dia mahu Shah mengetahuinya sendiri...........sekarang barulah Shah sedar mengapa selama ini Min memanggilnya Pakcik selama mereka berkawan,,rupa-rupanya Shah adalah seniornya dan sampai sekarang gelaran itu kekal dan Shah sering membiasakan dirinya Pakcik apabila bersama Min...rupa-rupanya dalam diam Min telah menaruh harapan cinta kepada Pakcik tetapi Min hanya menyimpan di dalam hatinya.dia takut yang cintanya hanya bertepuk sebelah tangan kerna dia mengetahui bahawa Pakcik telah menyukai seorang wanita yang bernama nur atiqah.dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menjadi penghalang terhadap percintaan mereka..dia tidak mahu sebab dia lah percintaan Pakcik dengan nur atiqah umpama retak seribu.Min menjadi..............???
p/s :adakah cinta Min dibalas olah Pakcik?dan adakah hubungan Pakcik dengan nur atiqah berkekalan?nantikan kisah si pelupa dan si tido part 2.......=)
No comments:
Post a Comment