sabtu
1 januari 2011
aku mencipta sejarah sejak aku pulang rumah dengan bangun seawal pukul 4.30 pg.tiket flight aku ke penang pukul 8.25 pagi.dah siap-siap semuanya gerak ke lapangan terbang antarabangsa senai.sampai saje daftar masuk kat kaunter.minum teh tarik sambil tunggu untuk masa perlepasan.biasanya aku keseorangan tapi kali ini aku bersama kawan aku..tepat pukul 8.25 pagi flight yang aku naik tak take off lagi..masalahnya berpunca dari lelaki cina yang bernama Sai Chin Chea...bunyinya lebih kurang macam tu lah...rupa-rupanya dia tak jadi naik flight pagi ini..petugas lapangan terbang sibuk mencari lelaki bertuah tu.sampai kapten kapal terbang pun bising-bising..
tepat pukul 9.30 pagi sampi juga dekat lapangan terbang antarabangsa bayan lepas.uruskan bagasi dan tunggu kawan kepada kawan aku datang ambil dekat situ.sampai UiTM Pulau Pinang pukul 11.30 pagi.daftar kemasukan kolej dan aku orang pertama yang masuk bilik 5.18 ( wing B ).gerak terus ke jusco.makan tengah hari kat sana.cari barang makanan punyalah banyak,,last-last masa bayar plastik tak ada..diganti dengan kotak.sekarang dekat penang kampen setiap hari tanpa pelastik beg kecuali di pasar.petangnya aku bosan terlampau.akhirnya online facebook je sampai malam....sebagai peneman dikala kesunyian sebab aku seorang sahaja di bilik walaupun bilik ini dimuatkan untuk empat orang...
malam makan nasi goreng kampung.minum air teh o asi limau.eerrrrkkk!!kenayang gak akhirnya....pastu,ambil barang dekat blik bacaan zamrud.tak banyak sangat cuma 1 kotak,1 bantal dan 1 baldi je..tapi nak mengangkatnya yang lepak..mana tak ye dari kolej zamrud hingga ke kolej baiduri...jauh lah gak lebih kurang 200 meter.dah lah kotak tu berat sangat-sangat...kemas barang-barang sume...online sekejap..rilek-rilek kan badan yang penat.....tapi jawabnya malam ni memang aku tido sorang je lah...tak pe,tu semuanya cabaran dan dugaan..aku kena belajar hidup sendirian...haha...ok lah,ngantuk sudah..out~
p/s : malam yang sunyi dan bosan....
No comments:
Post a Comment