petang tadi sekali lagi aku dapat berita yang mengejutkan
dari family.abg wan telefon dari johor menyatakan bahawa adik saudara aku
afiqah binti hj.ahmad yahya yang mesra dengan panggilan kak fiqa
telah dimasukan ke ICU (unit rawatan rapi) di Hospital Putra Batu Pahat.
terkejut aku bila diberitahu berita itu,mana tidaknya dia baru sahaja berusia 14 tahun
dan telah menerima dugaan seperti itu..ini merupakan kali kedua
aku dapat berita yang mengejutkan dalam tempoh sebulan.
yang pertama dulu,aku diberitahu mengenai kehilanggan
nenek sebelah emak aku,yang telah menghadap yang Maha Esa buat selama-lamanya
dan kini adik saudara aku pula dimasukan ke ICU akibat jantungnya bengkak
serta blood pressure ye naik 180/115.
banyak sungguh dugaan yang perlu ditempuhi oleh famliy aku.
satu persatu dugaan yang diberikan olehNya kepada kami semua.
tak lupa juga aku sedekahkan Al-Fatihah buat Pon binti Abdullah,arwah nenekku.Sadimon bin Kormin,arwah atukku.Kasmunee bin Sadimon,arwah ayahku.Kasnoon bin Sadimon,arwah pak ngahku.Kasmurin bin Sadimon,arwah pak usuku dan Wan Mansor bin Wan Hassan,arwah ayah abg wan serta
kepada muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia, semoga semuanya ditempatkan dalam
kalangan orang-orang yang beriman.....Amin
p/s : kami semua mendoakan semoga kak fiqa cepat sembuh dan sihat seperti selalu......
No comments:
Post a Comment