: check list :

Monday, June 29, 2009

Michael Jackson era's is over...

MICHAEL JACKSON
( 29 ogos 1958-25 jun 2009 )




"aneh dan misteri
tapi dialah juga yang mencipta
hits,punya persona,gaya dan egonya
serta juga mempunyai bakat yang besar
sehingga tercetusnya fenomena
dalam industri muziknya sehingga digelar
ikonik muzik dan dia disanjung sebagai
RAJA POP DUNIA"


jumaat,26 jun 2009 (waktu malaysia)..
perginya seorang bintang tersohor dunia buat selama-lamanya pada usia 50 tahun..
Michael Jackson(MJ) merupakan ikon muzik dunia..
pemergiannya menimbulkan SERIBU SATU persoalan kepada dunia
ramai yang mempersoalkan kematiannya yang secara mengejut
menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai
punca MJ meninggal disebabkan kegagalan jangtungnya berfungsi
denyutan jantungnya berhenti secara tiba-tba sewaktu MJ berada di kediamannya
biarpun ikon pop itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas,para paramedik cuba menyelamatkannya dan bergegas membawanya ke hospital yang jauhnya "hanya 6 minit memandu"sebelum disahkan mati..
para peminat fanatik meratapi kematiannya dengan berkunjung ke kediaman keluarganya yang sudah lama ditinggalkan di Gary,Indiana,juga dipenuhi..
kematian yang tidak disangka pada usianya 50 tahun itu turut merungkap kembali sejarah-sejarah masalah kesihatan yang dihidapi MJ..
tahun lalu,seorang penulis biografi mendakwa ikon pop itu menderita sejenis penyakit pernafasan yang jarang ditemui dan memerlukan transplan paru-paru namun pegawainya menafikan perkara tersebut..

"Jackson dilaporkan oleh akhbar The Sun pada tahun lalu telah mengadakan majlis memeluk islam di rumah seorang rakannya yang juga penggubah muzik untuk album Thriller,Steve Porcaro di Los Angeles"

namun begitu pengislaman MJ turut mengundang kontroversi pada setiap peminatnya di dunia..
tapi kontroversi itu dapat disangkal oleh abangnya,Jermaine Jackson yang memeluk islam pada 1989 dengan menggunakan nama Muhammad Abdul Aziz menyatakan bahawa MJ sangat tertarik dengan agama suci tersebut dan menunjukkan kecenderungannya terhadap agama islam sejak awal 90-an lagi..

"saya menghadiahkan banyak buku agama tentang keindahan islam kepadanya selepas saya kembali dari menunaikan haji...beliau banyak bertanya tentang islam dan saya menerangkan keindahan dan ketenangan yang saya lalui selepas bergelar muslim ini kepadanya"kata Jermaine yang dipetik oleh akhbar Daily Telegraph

baru-baru ini,selapas dunia digemparkan dengan pemergian MJ,Jermaine telah membuat satu sidang akhbar untuk menerangkan punca kematian adiknya itu yang telah disiarkan di TV3 dan dia mengharap agar MJ dirahmati oleh-Nya..dan jika kenyataan ini benar,telah menunjukan bahawa MJ memang telah memeluk agama islam sebelum kematiannya..

Kini pemujaan terhadap ikon pop itu telah berkubur bersama-samanya..
membawa sekali kehidupan suka duka dan pahit manis yang dilaluinya selama 50 tahun dia menghuni di dunia ini..



IN OUR MEMORIES,YOUR:
"MOON WALK,SONGS,ALBUMS,VOICE,FACE"
ALWAYS IN OUR HEART EVEN YOU HAD GONE IN THIS WORLD

goodbye
MICHAEL JACKSON
we miss you..

No comments:

:: song to hear - terhenti disini ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...