: check list :

Friday, December 31, 2010

teringat sewaktu dulu-dulu

jumaat
31 disember 2010

minum teh susu yang mak uda buat dengan makan cococrunch...teringat zaman kecl-kecil dulu masa bulan puasa!

kami di percutian

jumaat - isnin
25 disember 2010 - 27 disember 2010

tahun ni family gathering diadakan di A Famosa Resort.tapi kali ini family gathering tak seperti dulu lagi sebab arwah ayah sudah tiada dan  kami semua amat terasa ketiadaannya.......banyak tentatif program dirancang untuk menghiburkan hati semua,,tapi bila cakap nak g shopping je semua orang gembira sakan....

Saturday, December 11, 2010

2.05 pagi
sabtu, 11 disember 2010

semalam pagi,aku dapat keputusan periksa untuk semesta 1,,aku terkejut sangat melihat keputusan periksa.....target aku untuk semesta 1 ialah 3.5 ke atas,tapi aku hanya dapat 3.27 saje..hancur berkecai untuk dapat anugerah dekan semesta ni dan untuk dapat kolej khas untuk pelajar dekan sahaja....agak kecewa tapi aku tak menunjukan kekecewaan aku terhadap family.....sekarang apa yang aku perlu fokus ialah untuk menebus kembali kekecewaan aku dengan mendapat anugerah dekan untuk semesta 2 kelak......amin!

p/s : terlihat van safe guard yang sudah kena rompak dekat lebuh raya plus ( sedenak ),,banyak giler polis time tu....otw balik lepas hantar kak ina kt UTM skudai untuk pergi Beijing,China....mood-penat!

Wednesday, December 8, 2010

addicted

11.10 malam
rabu, 8 disember 2010

sesiapa boleh beritahu aku dekat mana nak download cerita korea
sekarang ni aku tengah addict giler dengan citer korea....haha


p/s : anyone please help me k...

betulkan niat

11.30 malam
selasa, 7 disember 2010

hari ini memang penat yang teramat sangat,mana tidaknya pagi-pagi lagi sudah pergi ke air hitam untuk cari barang hantaran untuk kak ain(cousin) kawin..lama jugalah kat kedai hantaran itu 3 jam jugalah..tawaf punya tawaf satu kedai itu,nasib baik jumpa barang yang dicari.lepas tu,gerak terus pergi johor baharu sebab abg wan nak jumpa kawan dan kak ina nak cari barang untuk pergi china....tetapi yang kelakarnya,,aku nak pegi jusco bukit indah tapi tak ingat jalan..macam manalah nak ingat jalannya,aku bukan selalu pergi jusco itu,..hahaha...kat jusco tu memang aku shopping sakanlah...baju t-shirt kolar padini 2 dan baju singlet renoma 2....aku pulak yang lebih-lebih shopping mengalahkan akak aku....haha...tetapi hari ini aku telah cipta sejarah dalam hidup aku,,memandu kereta dari johor-simpang renggam dalam masa 15 minit je..tak tahu lah aku tekan pedal minyak itu sampai bape kilometer sejam (kmj)..terkejut tapi benar!

p/s : ingatlah orang tersayang apabila memandu kereta....

Sunday, November 28, 2010

kisah : si pelupa dan si tido part 1

bermulalah kisah si pelupa dan si tido part 1...

mula-mula nak cerita serba sedikit mengenai watak si pelupa..namanya SHARMINE ( min )..seorang perempuan berumur 20 tahun..Min ini seorang yang comel dan cantik tapi agak sedikit rendah.dia ni amat gemar dengan cerita korea,cakap je tajuk cerita semuanya dia tahu.sampaikan dia berangan-angan besar nak bersuamikan pelakon lelaki korea.selain itu,Min juga merupakan seorang pelajar pintar .tetapi satu perwatakan Min yang tak berubah-ubah dia memang pelupa orangnya.tak kiralah tentang apa,cepat je dia lupa.sampaikan mama dan rakan-rakan dia pun hairan dengan Min.

manakala pula si suka tido.namanya Shah..tetapi dia digelar PAKCIK.panggilan itu umpama sudah sebati dengannya.dia berumur 22 tahun dan merupakan seorang mahasiswa.Pakcik ni seorang yang agak tinggi jika dibandingkan dengan Min dan dia seorang yang romantik.tetapi hobi dia ialah tido.tak kira di mana sahaja,kalau dia bosan tido je lah jawapan yang paling bagus dalam kamus hidup dia dan agak gemar tido dalam kelas jika tidak berminat dengan sesuatu subjek.

sejak dari dulu Min dan Shah memang satu sekolah rendah.cuma yang membezakan antara mereka berdua ialah Shah adalah senior dan Min pula junior dan meraka amat mengenali antara satu sama lain.Shah ini merupakan seorang ketua perpustakaan dan dia bolehlah dikatakan  famous dalam kalangan pelajar perempuan pada masa itu,tambahan pula dia juga merupakan atlet sekolah.tak kira sukan ape,semuanya di wakili sekolah.tetapi,keadaan Min ini agak berbeza pula dengan Shah sebab dia merupakan pelajar biasa di sekolah dan agak pemalu.sewaktu darjah enam Shah telah mendapat keputusan yang baik dalam UPSR.

dua tahun kemudian,Shah sudah berada di tingkatan dua manakala Min pula darjah enam.keputusan UPSR Min cemerlang dan dia merupakan salah seorang pelajar terbaik sekolah paada masa itu.akhirnya,Min telah mendapat tawaran sekolah berasrama penuh.dia berasa sangat gembira dan sedih pada masa itu sebabnya dia gembira segala penat lelah dia akhirnya bebaloi dengan keputusan yang cemerlang manakala Min juga diselebungi dengan perasaan sedih sebab dia akan berpisah dengan mama kesayangannya.tetapi Min tetap terima bahawa dia terpaksa menggagahkan diri untuk mengharungi duri ranjau kehidupan apabila mula belajar hidup berdikari kelak.akhirnya,masa yang dinantikan telah tiba apabila Min mendaftar sebagai pelajar tingakatan satu di sekolah tersebut.kini,dia mula memahami bahawa dia kena tabah dan pandai-pandai menbawa diri tatkala mama kesayangannya itu tiada di sisinya pada masa itu.kehidupan Min sebagai pelajar sekolah asrama bermula,dia terpaksa makan nasi kawah dan dia agak terkejut sebab tidak pernah jumpa keadaan seperti ini.apa yang Min boleh lakukan pada masa itu hanyalah bersabar dengan segala dugaan demi mencari ilmu untuk kejayaannya pada masa akan datang..........

beberapa tahun berlalu........akhirnya,Shah telah mengenali seorang wanita melalui laman web sosial iaitu facebook.dia mengenali tersebut melalui bekas gurunya yang merupakan kawan kepada wanita tersebut dalam laman web sosial facebook itu.sejak dari itulah,Shah mula chatting dengan wanita tersebut.wanita tersebut mengelarkan dirinya sebagai little princess.sejak detik itulah hubungan meraka menjadi rapat dan akrab.saling bertukar-tukar pendapat dan sebagai tempat mengadu masalah.tiba-tiba,Shah mendapat tahu satu berita yang amat memeranjatkannya...tanpa disedari selama ini bahawa little princess yang dia kenal melalui facebook itu merupakan Min yang dia kenal sewaktu berada di sekolah rendah dahulu dan Min juga merupakan anak kepada bekas gurunya sewaktu berada di sekolah menengah.semuanya telah terungkai bahawa wanita yang selama ini amat akrab dengannya merupakan junior sewaktu di sekolah rendah.Shah seumpama tidak mempercayai terhadap apa yang berlaku dan dia menganggap umpama mimpi dalam hidupnya.keadaan berbeza pula bagi Min kerna dia sudah lama mengetahui bahawa Shah itu adalah seniornya sewaktu di sekolah rendah dahulu.tetapi dia mahu merahsiakannya daripada Shah atas sebab-sebab tertentu.dia mahu Shah mengetahuinya sendiri...........sekarang barulah Shah sedar mengapa selama ini Min memanggilnya Pakcik selama mereka berkawan,,rupa-rupanya Shah adalah seniornya dan sampai sekarang gelaran itu kekal dan Shah sering membiasakan dirinya Pakcik apabila bersama Min...rupa-rupanya dalam diam Min telah menaruh harapan cinta kepada Pakcik tetapi Min hanya menyimpan di dalam hatinya.dia takut yang cintanya hanya bertepuk sebelah tangan kerna dia mengetahui bahawa Pakcik telah menyukai seorang wanita yang bernama nur atiqah.dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menjadi penghalang terhadap percintaan mereka..dia tidak mahu sebab dia lah percintaan Pakcik dengan nur atiqah umpama retak seribu.Min menjadi..............???



p/s :adakah cinta Min dibalas olah Pakcik?dan adakah hubungan Pakcik dengan nur atiqah berkekalan?nantikan kisah si pelupa dan si tido part 2.......=)

Wednesday, November 17, 2010

the reality....

11.43 malam.
rabu,,17 november 2010


adakah betul apa yang aku buat malam ini???
semuanya telah diberitahu kepadanya...
kini....
semuanya hanya tinggal kenangan dalam hidupku
yang berlalu biarkan ia pergi umpama air sungai yang mengalir deras tanpa henti
life must be go on....

p/s : hidup ini mesti diteruskan walaupun apa sekalipun yang berlaku dalam menempuhi ranjau duri kehidupan....

selamat hari raya aidiladha

selamat hari raya aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di dunia ini......

Tuesday, November 9, 2010

15 tahun berlalu....

12.53 tengah hari,,
selasa, 9 november 2010

hari ini genap 15 tahun arwah ayah meninggalkan aku & seluruh ahli keluarga..

Monday, November 8, 2010

one night only

6.20 pagi,selasa,8 november 2010
sehari selepas tamatnya semester 1 aku di UITM P.PINANG...hari ini dan seterusnya tidak perlu untuk melihat,menbaca,faham dan adaptasikan apa yang aku belajar selama aku di sini sebabnya final exam dah habis...hahaha..semalam,7 november 2010 tepat pukul 6.45 petang aku buka laptop untuk tengok movie-movie yang banyak giler.tapi dalam-dalam banyak movie tu,kebanyakan semuanya movie romantik dan dalam satu malam  aku dapat habiskan 5 movie..3 daripada 4 tebitan MIG dan semuanya ada LISA SURIHANI. oohh!! i like...mula-mula SEMERAH CINTA STILLETO,,I'M NOT SINGLE,,LAGENDA BUDAK SETAN,,V3 SAMSENG JALANAN dan yang last sekali SELAMAT PAGI CINTA....memang kena tajuk cerita last tu sebab hari pun dah pagi bila aku tengok movie tu dan mata aku pun dah mengantuk giler gara-gara lepas tension sebab baru habis final exam....so,,jalan penyelesaiannya,,,,,,,,tido!!!  Zzzzzz........

p/s : tak tau bagun pukul berapa nanti........

Saturday, August 21, 2010

kenangan bersamanya

20 Ogos 2010...
masuk bulan ni sudah genap 7 bulan arwah ayah ( pak usu ) meninggalkan kita semua..aku rasa macam baru semalam sahaja berada disisinya sebab aku bersama-sama abg wan & mak usu antara yang menemani arwah sewaktu arwah sakit di Puteri Specialist sehingga ke akhir hayatnya...aku mengaggap arwah sudah seperti ayah aku sendiri dan kadang kala aku menumpang belaian kasih sayang seorang ayah daripadanya...arwah selalu memberi nasihat kepada kami semua dan kadang kala sering ceritakan pengalaman hidupnya...antara nasihat terakhirnya kepada aku pada tahun lepas lagi 2 minggu sebelum SPM 2009,,arwah meningatkan aku "belajar rajin-rajin ye ajie"..nasihat arwah masih segar dalam ingatan aku sehingga hari ini...

10 September 2010
merupakan hari raya yang pertama tanpa arwah pak usu disisi keluarga Hjh.Marsiah...mungkin hari raya tahun ini tidak meriah seperti tahun-tahun yang lepas....mungkin semua orang akan rasa apa yang aku rasa bila hari raya menjelma tiba dalam masa 3 minggu lagi...tapi harap-harap semuanya akan ok terutamanya sekali abg(afham),mak usu,nadia,abg chik dan baby sebab merekalah yang paling teresa akan kehilangan orang yang disayangi........life must be go on,,apa yang kita boleh buat untuknya hanyalah dengan kiriman doa supaya dia tenang di sana dan di tempatkan bersama orang yang beriman,,......AMIN

senyuman & ketawanya masih segar dalam ingatan

AL-FATIHAH :
 KASMURIN BIN SADIMOON


Sunday, July 25, 2010

where is "MY LOCKER" ????

bulan julai hampir melabuhkan tirai..
menandakan sudah sebulan aku berada di perantauan
sedar tak sedar,,,ramadhan bakal menjelma
rasa macam sekejap sahaja masa berlalu..
tapi yang aku tak puas hati sampai sekarang "WHERE IS MY LOCKER"???
mula-mula kata dalam masa seminggu locker akan sampai
tapi habuk locker pon tak da...
asyik-asyik on going je alasan yer
dah bosan aku dengan jawapan tu sampai dah bernanah telinga aku....
ye ke benanah????pelik....hehehe
tolonglah rumah aku dah macam kedai bundle sekarang ni
sana-sini semuanya baju tergantung
silap-silap ada gak yang aku buka showroom kat UiTM PENANG ni kang
boleh bikin duit gak kan...
so
kepada yang berkenaan silalah jalankan tugas anda!!!
RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

QuIz vs TeSt

minggu ni jadual aku mmg pack giler dgn kuiz mate & kimia..
ahad 1 0gos 2010 ada test fizik...igtkn mgu dpan nak balik jb,tp kena tunda
jawabnya raya lah baru aku balik benut,,.....
air asia menanti kedatanganku.....
hehehe.....

Saturday, June 26, 2010

my family

NOW,
I'm at penang because i had to further my study at uitm penang
at uitm penang i took diploma in civil engineering
so,i had to sacrifice with leaved  my family at johore baharu (benut)
although it hard for me to accept it
because i never far away from my family especially with my mum
from primary until secondary school i live with her
but now i must be independent 
because my family were not with me right now.
my younger sister advised me don't missed to pray and made 
the something that i done before as a moral value for my successful 
for my future.she also remember me don't be shy 
to share about my problem with her or with my family
because in my life the important thing is the relationship between the family.
so,start from now i must work hard in my study to get a best among the best result 
and make my family proud with me..

Friday, May 21, 2010

memoriKU....

memori last year....
aku pergi pameran sains dan eroangkasa
dekat sekolah datuk penggawa barat
hehehehee...x belajar satu hari tu!!!

skip..

dekat pameran tu
aku didedahkan tentang kerjaya
tapi kerjaya yang dikhususkan berkaitan
dengan kerjaya sebagai juruterbang jet pejuang dan
sebagai ahli perniagaan yang mempunyai kaitan dengan penerbangan...

tapi dalam banyak2 perkara yang disampaikan,..
aku paling minat dengan jumlah gaji jika bekerja sebagai
juruterbang @ ahli perniagaan...
mana tak ye,,,gaji sebulan je dah mencecah RM 25000-35000..
tu baru sebulan,,belum lagi setahun..peeh!!

skip lagi ea.....

korang caya tak???
kat sana boleh membawa jet pejuang tau..
bukan tu je,,kapal terbang dan helikopter sekali tu...
tapi bukan yang betul punya lah..
yang asimilasi punya je..hehehehehehe
tapi aku tak cuba sebab ramai sangat orang time tu..
sedih tau x dapat bawa jet pejuang walaupun bukan yang betul2 punya...

skip..


skip...


skip...

dalm kol 10 pagi,,
tiba-tiba orang yang aku tunggu2 sampai...
major dr.faiz khalled,,angkasawan malaysia ke-2
hensem tu!!
nasib baik x terpikat...
gila!!!!
aku pon dengar dia berceloteh sorang2..
sampai naik bosan dengar..
huhuhuhu...
bila sampai je time untuk tanyakan soalan,,bru aku hidup semula..
ramai tu orang tanyakan soalan dengan dr.faiz..
tapi soalan ye x berapa mencabar bagi dr.faiz..
bila je time sek aku(SEMESTA)..
soalan yang dikemukakan memang soalan yang membunuh ar..

antara sedutan soalan dengan dr.faiz..
soalan : menurut kajian yang dilakukan oleh dr.muzafar shukor di angkasa lepas
yang berkaitan dengan pengkristalan protein iaitu lipase tahap yang ke-2,,
apakah hasil keputusan yang diperoleh daripada experimen itu dan apakah
kegunaanya???
jawapan : sebenarnya kajian yang dilakukan oleh dr.muzafar shukor yang berkaitan dengan
pengkristalan protien iaitu lipase tahap ke-2 adalah usul daripada prof.raja.....yang
ingin menjalankan experiment tersebut di angkasa lepas..pengkristalan protein di bumi
hanya 70% sahaja lipase yang dapat dilihat melalui mikroskop..tapi di angkasa lepas
(ISS) kadar lipase ynag dapat dilihat melalui mikroskop adalah 80%-90% bebanding di
bumi...hasilnya kajian itu telah berjaya dan telah mencatat sejarah bahawa MALAYSIA
merupakan negara yang pertama membuat kajian sebegitu dan pertama kalinya kajian
yang julung2 kalinya dilakukan di ISS berjaya dengan hanya sekali experimen..
hasilnya negara jepun telah berminat dengan hasil kajian yang kita lakukan dengan
tawaran yang dikemukan oleh jepun untuk membelinya adalah RM 30 juta....



ok lah...
sampai sini saja kali ini cerita aku..
lain kali akalu aku ada cerita yang nak dikongsikan,,aku post yang baru k...
bye....

akedemi fantasia & american idol....which one u like???

MALAYSIA,,
fenomena akedemi fantasia8 (AF) tidak lagi seperti AF yang lepas-lepas....mungkinkah AF8 sudah hilang segat seperti AF1,2 &3??persoalan yang sering diajukan oleh orang ramai.....ada juga suara-suara yang mengatakan AF terlalu banyak gimik sehingga orang ramai sudah hafal dengan perjalanan AF itu sendiri......


AMERIKA SYARIKAT,,
american idol (AI) merupakan rancangan realiti yang paling digemari oleh semua orang....jumlah penontonya mencecah sehingga puluhan juta di seluruh negeri di negara tersebut.....penyokong-penyokong di sana begitu fanatik jika dibandingkan di negara-negara lain.....rancangan realiti ini tidak begitu mementingkan pakej yang ada pada penyayi itu,,tetapi berdasarkan suara mereka yang merdu dan sedap didengar.....



so,,pada pandangan korang semua mana yang korang suka....AF or AMERICAN IDOL???
bagi aku,,mungkin setiap orang ada kesukaan masing-masing dan tidak semestinya jika tidak tengok rancangan tersebut mereka tidak suka,,mungkin mereka ada komitmen lain.........semua ini terpulang pada diri masing-masing sama ada suka AF or AI...ataupun tidak suka kedua-duanya.....apa yang penting,,AF akan melabuhkan tirainya pada hari sabtu ni selepad konsert final dan AI pula pada hari rabu minggu hadapan.....juara akan diumumkan di muka depan surat khabar...so,,rajin-rajinlah beli & baca....-THE END-

Monday, May 10, 2010

mother's day 2010

mother's day kali ni aku tak da bagi hadiah ape2 untok my mum....kita orang adik-beradik sume yer wish je..tapi ape-ape pon kami sume sayang sangat dengan our beloved mum...we really love u very much!!!muaaah....=)

Friday, April 23, 2010

apa itu cita-cita??

setiap orang kat dunia ni mesti ada cita-cita kan....betol tak??...masa kecik-kecik parents selalu tanya nak jadi apa kalau dah besar nanti..macam-macam jawapan yang dibagi,,polis,,cikgu,,askar,,doktor dll.....siap berangan lagi dengan kawan-kawan setiap kali diajukan apa CITA-CITA awak.....bagi aku masa kecik-kecik dulu aku dah memang taksub giler dengan ENGINEER..engineer ada banyak cabang,tapi aku lebih minat dengan CIVIL ENGINEERING...maybe terpengaruh dengan DISCOVERY CHANNEL yang kat astro tu channel 551,,siap promote lagi..hehehe....entahlah,pada masa tu aku yang aku tahu main cakap je aku nak jadi ape... tapi bila dah meningkat dewasa aku telah memahami apa itu CITA-CITA..cita-cita adalah impian kerjaya pada masa hadapan yang boleh menentukan kehidupan apabila melayari alam kekeluargaan...mungkin dengan cita-cita itu dapat menyara ahli keluarga dan memastikan hidup tanpa dibelenggu sebarang kesulitan hidup..insyaALLAH...mungkin dalam 6-7 tahun aku akan kecapi impian yang selama ini aku inginkan....AMIN~

Thursday, April 22, 2010

ost AdaMaya

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

H1N1 mengganas kembali.....

dalam kol 12 tengah hari,,aku,abg wan & meme pergi ke pontian sebab ada urusan kat jpj pontian..meme(akak aku) nak buat lesen dia sebab lesen P dia dah tamat tempoh....boleh lah pulak kat jpj tu,,sorang kerani (perempuan) buat lawak,,dia kata abg wan tu ayah aku....rabun pe akak tu,,muda lagi abg wan tu boleh dia kata ayah aku...ish3.....macam ni lah,di pendekan cerita masa on the way balik umah aku dengar radio sinar,,tiba-tiba dj sinar tu bagi tahu yang H1N1 di JOHOR & KELANTAN makin serius....kat johor je 4 orang sudah disyaki menghidapi H1N1....baru-baru ni aku baca kat surat khabar yang berlaku kat johor,seorang peguam telah meninggal dunia kerana dijangkiti H1N1,,tapi nama hospitalnya tak dikemukakan di surat khabar.....sebagai langkah berjaga-jaga kita dinasihati supaya jangan selalu berada dalam kawasan yang ramai orang seperti function jom heboh,,konset-konset dll.....jadi mencegah lebih baik dari mengubati......salam...

virus

NARUTO!!!!aku telah terkena virus naruto....rupanya aku memang minat giler dengan citer anime jepun tu,,lebih-lebih lagi bila bab lawan-lawan tu...entahlah,aku sendiri pon tak tau macam mana boleh minat dengan naruto ni..maybe terjebak dengan membe-membe sekolah aku yang memang giler habis dengan naruto tu....kalau difikir-fikirkan macam tak logik pulak sebabnya aku ni memang orang yang tak minat dengan citer karton,lagi-lagi citer karton yang sengal seperti powerpuff girl,,avatar,,ben 10...ape-ape je ntah citer karton tu....sengal!!lastly,,naruto juga yang aku minat....sampai game PS2 sepupu aku pon aku main..game naruto pulak tu...ish3...macam budak-budak pulak aku ni......ape-ape pon naruto memang best!!layan..........

Wednesday, April 21, 2010

AdaMaya....

salam....aku rasa korang sume mesti tergelak-gelakan aku sebabnya hari ini first time aku layan citer adamaya tu..tengok pon dah lambat,,episod 10 dah...hehehe...masa aku tengok adamaya tu,,terfikir citer ini macam movie i'm not single....dahlah aku minat giler dengan citer tu...lisa surihani!!!!fanatik giler aku dengan dia tu,,dahlah cantik,,cute,,comel pulak tu....macam sorang cousin aku tu(afham),dia pon sama jugak macam aku minat giler dengan lisa surihani..siap dia cakap lagi yang dia jumpa lisa dekat gym sebabnya saja je nak jeleskan aku....tak dapat bro!!tapi apa-apa pon lepas ni aku tak kan miss citer adamaya tu lagi....confirm terlekat depan tv kol 6.30-7.30 malam......=)

Saturday, January 9, 2010

family gathering 2009..25/12/09-27/12/09

     tahun ini keluarga arwah sadimon dan hjh.marsiah mengadakan hari keluarga di Glory Beach Resort,Port Dickson..sudah menjadi kebiasaan kami buat hari keluarga pada setiap tahun,,ada sahaja tempat yang dituju..kalau nak diikutkan satu semenanjung malaysia sudah kami jelajahi..tapi,perancangan hari keluarga 2009 ini diajukan oleh abangku,mohd farhan atau lebih glamor abg an..macam biasa berkonvoi menjadi pilihan kami..4 buah kereta dari johor dan 3 buah lagi dari kl...aku berada dalam salah satu kereta dari kl sebabnya aku baru balik dari bercuti di kl...tapi bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya,,sewaktu kat glory beach resort banyak aktiviti yang aku lakukan bersama-sama cousin-cousin aku...main bola sepak pantai,,mandi kolam,,mandi laut,,main bola baling versi laut sebabnya main kat laut...hehehe...tapi aktiviti yang paling best ialah sewaktu aku dan family bersama cousin buat  BBQ...sewaktu nak hidupkan bara,,aku berlawan dengan abg dan cousin aku.tengok sape dulu dapat hidupkan bara..aku bergandingan dengan abg ipar aku,,mior...manakala,ayah jadi pengadil acara,,ayah sempat bertanyakan soalan "cepu mas" dan kami terpaksa menguatkan lagi hujah bagi memastikan kami menang...akhinya,,keputusannya seri..hahaha..bila time makan semuanya turun termasuklah penasihat hari keluarga iaitu hjh.marsiah(embah)...makan punya makan,,tiba-tiba "erkkk!!"...nikmat sungguh dapat BBQ kat tepi pantai...selain itu juga,,detik yang ditunggu menjelma,,meeting rancangan marsiah's keluarga(RMK) yang pertama..bermacam-macam perkara yang kami bincangkan..kami sebagai anak-anak diberi peluang untuk bercakap dan sampailah giliran aku untuk bercakap,,..tetapi kegembiraan yang dinikmati lenyap daripada pandangan..adik sedara aku meluahkan isi hatinya kerna dia tidak dapat 5A dlam UPSR dan dia minta maaf kat semua orang...tersentuh aku masa tu..air mata bergelinangan di  kelopak mata,,aku berbisik di hati supaya tahan..tahan..jangan nangis...akhirnya air mata "jantan" mengalir secara tiba-tiba...tibalah giliran para bapa dan para ibu..suasana lebih memilukan dan menyentuh perasaan...suasana sedih menyelubungi kami semua pada ketika itu...segala perasaan yang terbuku di hati diluahkan...akhirnya,,tepat kol 2.30 pagi meeting keluarga marsiah tamat dengan perasaan gembira walaupun pada suatu ketika suasan sedih menenggelamkan kegembiraan....27/12/09 merupakan detik yang tak diingini oleh semua orang kerna perpisahan bakal menjelma...bagi memahat memori hari keluarga di glory beach resort,port dickson...kami semua bergambar berlatar belakangkan hotel glory beach resort sebagai memori terindah 2009 dan juga sebagai saksi keluarga arwah sadimon dan hjh.marsiah bersatu dalam mengeratkan hubungan silrahturahim sesama ahli keluarga.....tahun 2010,,awan-awan di langit akan menjadi kepunyaan kami kerna kami akan terbang ke sarawak bumi kenyalang...tunggu!!!

antara memori terindah hari keluarga :-


 
 

 

 



5 hari 4 malam...

21 disember 2009
sebaik sahaja selesai pexsa SPM yang selama ini menghantui hidup aku selama 2 tahun,,aku terus memebawa diri ke Kuala Lumpur atau lebih famous KL..sebenarnya,aku pergi sana untuk menemami kakak sulongku yang sarat mengandung,,4 bulan..kami pergi dengan menaiki bas Mayang Sari dari Pontian direct ke kl..naik bas kol 10.30 pagi,,first time aku pening dalam bas,mana tak nya driver bus tu pandu bas kejap ke sana,kejap ke sini..lalok aku dibuatnya..dalam bas tu aku tido memanjang,,biasalah tido tu hobi memang hobi aku..lepas je sampai kat bus stand pudu,,abg ipar aku amik ngn kereta..then,g western food untuk makan chicken chop..kat cheras tempat cousin aku kerja..kenyang giler tu sebab 2 pinggan habis aku makan...program tengah malam,aku g uptown danau kota..sampai sana x tau nk beli ape..sebab badan dh penat giler..tapi dapatlah beli satu topi itu pun abg ipar aku bayar...kakak & abg ipar sibuk mencari selipar "crocss" untuk pak cik..dapat je crocss,,bayar dan terus je balik...waktu balik tu,tiba-tiba perut lapar.singah kat kedai mamak,,kena pulak ngn capati dan milo ais..peehh!!sedap tu...

22 disember 2009
bagun pagi,,mandi,, sarapan...siap-siap...hari ni aku g sogo dan pertama..sampai je kat depaan sogo,,ramai giler manusia..masing-masing ada matlamat dan hala tuju..mula-mula,aku g pertama sebab nak tempah seluar abg ipar..lepas tu,sogo menerima kunjungan aku..kat dalam sogo,,rambang mata tuuu..sebab masa tu tengah sale giler-giler...baju semuanya murah-murah..setiap kali aku masuk butik baju yang ada kat sogo semuanya aku nak beli..yelah masa tu tengah kaya..dapat beli 2 baju,,seed dan nike..

23 disember 2009
hari ini g shoping kat ampang point pulak..kat ampang point abg ipar aku beli kasut adidas.harga tak payah tahu..of course mahal...dalam hati aku,,shoping time!!sebab kali ni aku nak shoping habis-habis..kat butik camel active,aku beli short pan kotak-kotak..dapat less 50%..then,kat butik branded shop aku beli lagi 2 helai baju..dan abg ipar aku tumpang satu..maknanya 3 semuanya...lepas asar,,aku g jusco pulak..tapi kali ni g ngn mak mentua kakak aku..kat sana kau tak beli ape-ape sebab tak ada yang berkenan di hati..kali ni turn kakak aku pulak shoping beli baju mengandung..time ni jugak aku sempat belikan baju untuk 2 org lagi kakak aku..yang kelakarnya,aku belikan baju yang sama...saja nak kenakan diaorang..

24 disember 2009
aku bagun lambat,,lebih kurang kol 9.30 pagi..itu pun sebab ada orang datang umah..kalau tak sampai ke petanglah aku membuta...hari ni tak g mana-mana,,just duduk rumah je..malamnya aku g surau untuk solat berjemaah..org kat sana buat ceramah sempena maal hijrah..antara topik ceramah yang aku suka tentang makna di sebalik nama SPIDER...aku tak terang satu-satu kat sini sebab ianya melibat isu agama Islam...

25 disember 2009
hari last aku kat kl sebab masa ni aku nak gerak g port dickson ada family gathering...sebelum sampai pd,aku singgah umah kawan kakak aku kat ampang..then g umah abg ipar akunya sedara kat cheras sebab diaorang ada buat kenduri akikah pada malam tu..kol 3 petang,aku masuk highway....tiba-tiba je malap sebab aku dah tido dlm otw g PD...hehehe..ok lah sampai sini saje buat kali ni...bye~




:: song to hear - terhenti disini ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...