: check list :

Wednesday, December 9, 2009

holiday kini menjelma....

rabu

9 disember 2009

hari pertama holiday untuk diriku untuk beberapa bulan ni...

perancangan????

tak tau lagi pe nak buat time cuti ni...adess!!

baca buku??

hmmm...

spm baru je habis,,,nak rilex lah kejap daripada hadap buku..

mula-mula fikir seronok sangat bila dah cuti ni kan..

tapi semuanya indah daripada khabar...hmm

terasa rindu lah pulak kat sekolah kesayangan...SEMESTA!!

lima tahun dah berlalu...2005-2009

bosan tak terhingga tu

sebab

tak tau ape nak buat masa cuti ni...

mati kutu dibuatnya...

hmm,,...

hope sangat dapat menikmati cuti ini dengan perasaan gembira...

to my friends :

jumpa lagi pada masa akan datang..

~daa~





Tuesday, December 8, 2009

saman...oh....saman!!







kepada mfk:
berhubung perkara di atas,anda telah
mendapat surat lamaran daripada balai polis seperti yang tertera..
harap maklum...
segala kerjasama anda amat "kami" hargai...



SpM 2009 iS OveR....good bye!!

hari selasa,,8/12/2009 jam 7.15 pagi....
bersiap untuk pergi periksa SPM buat kali terakhir dalam jurnal diriku,,
tepat kol 8.oo pagi-12.30 tengah hari,,SPM bermula..
kertas chemistry paper 1 dan paper 2 menemuiku seperti sebelum ini,,
menjawab dengan penuh
semangat dan berdasarkan ilmu di dada...
selesai sudah dua paper..

*******

kol 12.30 tengah hari..
suatu peristiwa manis dan boleh lah juga dikatakan pahit melanda diriku..
hajat di hati untuk pergi "lunch",,tapi tidak kesampaian..
seorang polis berpangkat sarjan mejar menjemputku untuk masuk ke rumahnya (balai polis)..
tercengang dibuatnya,,,,X(
ingatkan benda lain,,rupanya lain yang jadi...ADUSH!!
masa dalam balai polis dapatlah juga dengar ceramah "free"...tak payah susah-susah bayar tiket!!hehehehe...
mahu tak panas telinga dengar ceramah "free" tu..agak-agak kalau lama sikit mungkin boleh bernanah telinga dibuatnya.....(jahat),,
mahu dekat satu jam tu duduk kat teratak polis..
bosan pun ada jugak..rasa macam nak keluar je dari "neraka" tu..
selesai masalah,,tinggal 30 minit je untuk masuk periksa SPM untuk paper 3...
baik-baik lapar terus kenyang dibuatnya..mana tak nya dapat santapan hebat dari ketua balai...

kol 2.00 petang..
chemistry paper 3 bermula..dan ini merupakan kali terakhir aku berada di dalam dewan SEMESTA....
menjawab soalan sambil menikmati keindahan dan kecantikan dewan periksa...
yelah,,kata last sekali kan..so mesti r ada touching sikit....


kol3.30 petang...
ketua pengawas periksa memberitahu bahawa "masa menjawab telah pun tamat"...
calon-calon diminta menyemak.........
akhirnya,,segala pengorbananku selama 2 tahun telah dilaksanakan
dengan sempurna...selesai menjawab 10 subjek dengan selamat....



suasana gembira di luar dewan....HHUURRAAYYYY!!!
MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA....



+ tHe End +
mFk_2118.....XD

Saturday, September 26, 2009

khas buat sahabatku,,farid

cuaca pada pagi ini sejuk sahaja dengan angin sepoi-sepoi bahasa
pagi-pagi lagi aku dah kena bangun kira-kira dalam kol 6.30 pagi,,
selalunya bila matahari dah terpacak baru bangun,..teruk tol
dengan mata yang sentiasa stim sepanjang masa gara-gara tak cukup tido malam tadi..
dapat melelapkan mata cuma 3 jam sahaja,,,( tido kol 3.30 pagi)


kol 7.00 pagi...

sudah bersiap-siap nak pergi beraya rumah adieah (awek farid) kat ayer hitam..bukan ayer putih tau...hehehehe,,,saja melawak
farid (bugest) kata nak jemput aku dengan moto kapcainya (honda ex 5) tepat kol 7,,tapi hampeh belaka..bugest..begest...hishh!!
jenuh aku tunggu dia sampai..mana tak nya,,tunggu dia sampai sakit perut aku dibuatnya..
teruk betol "bugest",,sia-sia sahaja kena maki belakang-belakang dengan aku...
@$%&*^&%.....toooot..
nasib baik dia sampai dalam kol 8,,kalau tak memang aku tak nak pergi rumah awek dia..

kol 8.15 pagi..

selamat sampai rumah naqiu (black) kat simpan(taman seri bayu)
rehat-rehat jap dan sarapan sekali,,
sedap tu mak "black" masak..nasi empit dan "fishball"..
malantak puas-puas...errkkk!!!
opps,,kenyang pulak,,,huhuhu..

kol 9.00 pagi..

sebaik sahaja nizam sampai,,terus meneruskan matlamat yang dituju..
konvoi dengan 3 moto ( LC,EX 5,WAVE),,6 0rang (aku,farid,naqiu,salleh,nizam,akmal)..
masuk north-south highway,,mudah sebab boleh jimat masa dan tak payah bayar tol...

80 kmj..
100 kmj..
120 kmj..
100 kmj balik..

tak boleh laju-laju,,takut ada road block,,lagi-lagi dalam musim perayaan ni kan..
R&R MACAP 1 km lagi...
persimpangan macap 500 meter..
bawa moto dengan penuh konsentrasi..
tub...tub...bugest boleh pulak masuk simpang ke macap..
tergelak kita orang,,mana tak ye,,mula-mula nak masuk R&R MACAP sebab nak pam angin moto,,tapi lain pulak jadi ye...
huhuhuhuhu....perbuatan yang sia-sia...kena pusing balik masuk highway..


kol 9.45 pagi..

tiba di rumah si adieah,,,bagun dari moto dengan badan yang sakit..
penat tu duduk atas moto..nasib baik 45 minit je..
fuuuuuuuuuuhhhhhhhhh!!!!!!!
first time aku jumpa awek "bugest"..boleh tahan gak lah..



********



********

tiba satu tahap,,kebosanan mula menyelubungi,,,
mula lah perangai masing-masing yang tak masuk akal...
tertonggeng,,,tido,,,amik picture,,,makan kuih sampai habis,,,
ish...ish...ish..


amik picture ni masa ketiadaan farid,,sebab bagi masa dia "dating" dengan adieah..
jangan mara!!!
hahahahahaha....



i'm not single




belakang: nizam (orang tua),,naqiu(black),,akmal(bling-bling)
depan: mfk (tunjang)
photographer: salleh(sally)




jejaka idaman malaysia...XD




try to touch the sky...XD




i'm not a superman..
but i'm a supermodel...hehehe


kol 2.30 petang...

penat..
balik daripada meronda satu kampung adieah..


lunch..

sleep..

pray..



kol3.50 petang...

on the way balik...
ada road block,,nasib baik tak kena tahan...cuak jugak masa tu...
masuk highway..
kesengalan farid terserlah lagi...tempiasnya kena kat aku sebab aku naik moto dia
ada ke patut dia masuk simpang ke "KUALA LUMPUR,MELAKA"
nizam dan akmal pun terikut sekali..
naqiu dan salleh ikut jalan yang betul...
nasib baik tak da kereta masa tu,,boleh lah pusing balik..
ape dia ingat nak pergi KL ke??
sebab dan akibat orang yang dilamun cinta...hehehehe
msti teringatkan adieah masa tu...


kol 4.45 petang...

sampai di rumah masing masing...
farid hantar aku sampai depan rumah,,kesian dia!!
walaupun sengal tapi baik orang ye..salalu jugak hantar aku balik sekolah dan tuisyen..
upahnya aku bayar separuh duit minyak moto dia..
hehehehe...baik kan aku ni!!!




masuk teratak bondaku,,


farid pun pulang....


daripada:
mfk..nizam..salleh..akmal..naqiu..


~ThE eNd~

Monday, September 7, 2009

SPM 2009

sila layari laman web ini
untuk mengetahui jadual peperiksaan SPM 2009...
http://apps2.moe.gov.my/files/Jadual/JadualWaktuSPM2009.pdf

Sunday, August 30, 2009

terawih...oh...terawih....

"NO EATING OR DRINKING AND ALSO SMOKING"

puasa menjelma,,, menandakan semua umat islam wajib menunaikannya selama sebulan,, kata orang tua-tua sesiapa yang tidak berpuasa tidak boleh raya... hehehehe,,,itu sebenarnya sebagai galakan kepada budak-budak kecil yang baru sahaja hendak mengenali erti berpuasa,,, dalam banyak-banyak bulan,,bulan puasalah kebanyakan orang mengalami mulut berbau,, mana tidaknya,,bulan puasakan tidak boleh makan seharian sehingga masuk waktu maghrib... so,,kepada semua faham-faham aje lah bahawa kena gosok gigi sebelum bercakap di halayak orang ramai,,,hehehehe....

malam pertama terawih sebelum puasa,, ramai orang pergi ke masjid-masjid ataupun surau-surau yang berdekatan,, saf-saf penuh dengan orang,,mana tidaknya orang ramai bersemangat menyambut puasa pada keesokan harinya,,
rakaat pertama,,,,kedua,,,ketiga,,,,sampai aje yang kelapan,,,
tub-tub,,pusing aje kepala kebelakang ramai yang cabut balik rumah,,

tapi sekurang-kurangnya surau masih penuh lagi dengan orang....

malam kedua...ketiga..keempat..kelima dan keenam,,
keadaan sama sahaja macam malam-sebelumnya...


selepas seminggu ,,
bermula pada malam inilah keadaan di surau dan masjid mula berubah...
saf-saf tidak seperti yang sebelumnya,,
surau dan masjid mula lenggang dan hanya tinggal 2 hingga 3 saf sahaja..

selepas siap sahaja rakaat kelapan,,,
saf mula tinggal dua sahaja,,

itu pun dah dikira baik lah jugak,,
kadang-kadang tinggal satu saf sahaja..

setelah ditemuramah oleh wartawan yang tidak diiktiraf,,
mengapa orang ramai lebih suka
membuat lapan rakaat berbanding dengan 23 rakaat termasuk solat witir,,,
jawapanya ialah mereka mengikut sunah Nabi Muhammad S.A.W..

ooooohhh,,,, mereka sebenarnya kalau pasal itu sungguh mahir sekali,,,,
cuba ditanya kenapa bulan syawal tidak disambut satu hari sahaja??
kalau ditanya soalan ini pasti seribu satu alasan dikemukakan...


moral of the story,,,

kita tidak sepatutnya meninggalkan perkara yang baik dan disukai ALLAH..
sebaliknya kita seharusnya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dalam bulan puasa kerana ianya datang sekali sahaja dalam setahun,,
ini sebagai neasihat kepada diriku dan semua umat islam di dunia ini,,,
so,,banyak-banyakanlah membuat amal jariah dalam bulan puasa kali ini...


"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA"

FROM-MFK_2118

Saturday, July 25, 2009

hilang...

hai sume...
lama dah mfk x update blog ni kan..
bukan pe,,belakangan ini mfk busy sikit lor,,
banyak keje n ada gerak gempur sejarah baru-baru ni...
biasa lah nk SPM tahun ni...
doakan mfk berjaya dan dapat keputusan yg cemerlang ea dalam SPM...
mfk xda cite nk kongsi kali ni..
cuma nk update je blog,,,
so korang sume jangan mara kat mfk ea...
nanti klu da cite n hot2,,mfk kongsi ngn korang sume k...
ok lah...
bubbye sume....(^_^)

Sunday, July 5, 2009

KeNangGAn bErHaRgGa...

khamis,2 july 2009
kali pertama aku dapat melihat angkasawan malaysia ke-2
iaitu Major Dr.Faiz Khalled..
dia membuat lawatan ke sekolah datuk penggawa barat atas jemputan yang diberi..
di sana da menceritakan pengalamannya semasa dalam pemilihan untuk menjadi calon akhir sebagai angkasawan malaysia...
selain itu,dia juga menceritakan mengenai angkasa lepas...

antara soalan dengan Dr.Faiz

soalan : apakah keputusan akhir mengenai eksperimen pengkristalan protien yang dibawa oleh
Dr.Muzafar Shukor ke angkasa lepas?
dan apakah kegunaanya kepada kita?
jawapan : sebenarnya proses pengkristalan protien iaitu lipase tahap kedua merupakan idea
awal Prof.Raja.dia telah memulakan eksperimen itu dulu di bumi dan keputusannya
agak mengecewakan kerana pengkristalan protien itu terlalu kecil dan kandungan
lipase hanyalah 70%..sehubungan itu,Dr.Muzafar membawa eksperimen itu ke
angkasa lepas untuk mengetahui tindak balas lipase tahap kedua terssebut
akhirnya hasil daripada eksperimen itu snagat memuaskan kerana keadaan protien
yang dikristalkan itu tidak terlalu kecil jika dibandingkan di bumi..malahan kandungan
lipase kedua tersebut adalah 80%-90% dan dapat dilihat dengan jelas di bawah
mikroskop..akhirnya keputusan itu boleh dianggap berjaya dan negara jepun
ingin membeli hasil kajian tersebut dengan RM 30juta...malaysia juga telah
mencatatkan sejarah kerana merupakan negara pertama yang melakukan kajian
sebegitu di angkasa lepas dan telah mendapat hasilnya dengan hanya sekali sahaja
eksperimen dilakukan...kegunaanya kepada kita sangat benyak,,antaranya ialah dalam
pemakanan kita..


dengan mengetahui penjelasan Dr.Faiz itu telah menjawab semua soalan aku selama ini..akhirnya semua impian aku selama ini untuk berjumpa dengan Dr.Faiz telah tercapai dan soalan aku telah dijawab olehnya dengan secara terperinci...dan ini merupakan pengalaman aku bersama Dr.Faiz walaupun selama 3 jam..aku juga dapat bergambar bersama Dr.Faiz Khalled sebagai tanda kenangan...


PROGRAM
"CHALLENGE TOWARDS EXCELLENCE"
DI SEKOLAH DATUK PENGGAWA BARAT

aku famous...

khamis..
aku dapat rasakan diriku seperti seorang artis..
pergi ke mana sahaja mesti ada yang memanggil namaku..
huhuhu..
terutama sekali kat sek datuk penggawa barat..
mane tak yer,,
seorang pompuan menjerit2 MFK dengan kuat..
sampai semua orang dengar...
dahlah time tu aku memang encem,,p x payah lah jerit2 nama aku..
orang encem lah katakan..hahaha...

" jangan mara!!! "

Monday, June 29, 2009

Michael Jackson era's is over...

MICHAEL JACKSON
( 29 ogos 1958-25 jun 2009 )




"aneh dan misteri
tapi dialah juga yang mencipta
hits,punya persona,gaya dan egonya
serta juga mempunyai bakat yang besar
sehingga tercetusnya fenomena
dalam industri muziknya sehingga digelar
ikonik muzik dan dia disanjung sebagai
RAJA POP DUNIA"


jumaat,26 jun 2009 (waktu malaysia)..
perginya seorang bintang tersohor dunia buat selama-lamanya pada usia 50 tahun..
Michael Jackson(MJ) merupakan ikon muzik dunia..
pemergiannya menimbulkan SERIBU SATU persoalan kepada dunia
ramai yang mempersoalkan kematiannya yang secara mengejut
menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai
punca MJ meninggal disebabkan kegagalan jangtungnya berfungsi
denyutan jantungnya berhenti secara tiba-tba sewaktu MJ berada di kediamannya
biarpun ikon pop itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas,para paramedik cuba menyelamatkannya dan bergegas membawanya ke hospital yang jauhnya "hanya 6 minit memandu"sebelum disahkan mati..
para peminat fanatik meratapi kematiannya dengan berkunjung ke kediaman keluarganya yang sudah lama ditinggalkan di Gary,Indiana,juga dipenuhi..
kematian yang tidak disangka pada usianya 50 tahun itu turut merungkap kembali sejarah-sejarah masalah kesihatan yang dihidapi MJ..
tahun lalu,seorang penulis biografi mendakwa ikon pop itu menderita sejenis penyakit pernafasan yang jarang ditemui dan memerlukan transplan paru-paru namun pegawainya menafikan perkara tersebut..

"Jackson dilaporkan oleh akhbar The Sun pada tahun lalu telah mengadakan majlis memeluk islam di rumah seorang rakannya yang juga penggubah muzik untuk album Thriller,Steve Porcaro di Los Angeles"

namun begitu pengislaman MJ turut mengundang kontroversi pada setiap peminatnya di dunia..
tapi kontroversi itu dapat disangkal oleh abangnya,Jermaine Jackson yang memeluk islam pada 1989 dengan menggunakan nama Muhammad Abdul Aziz menyatakan bahawa MJ sangat tertarik dengan agama suci tersebut dan menunjukkan kecenderungannya terhadap agama islam sejak awal 90-an lagi..

"saya menghadiahkan banyak buku agama tentang keindahan islam kepadanya selepas saya kembali dari menunaikan haji...beliau banyak bertanya tentang islam dan saya menerangkan keindahan dan ketenangan yang saya lalui selepas bergelar muslim ini kepadanya"kata Jermaine yang dipetik oleh akhbar Daily Telegraph

baru-baru ini,selapas dunia digemparkan dengan pemergian MJ,Jermaine telah membuat satu sidang akhbar untuk menerangkan punca kematian adiknya itu yang telah disiarkan di TV3 dan dia mengharap agar MJ dirahmati oleh-Nya..dan jika kenyataan ini benar,telah menunjukan bahawa MJ memang telah memeluk agama islam sebelum kematiannya..

Kini pemujaan terhadap ikon pop itu telah berkubur bersama-samanya..
membawa sekali kehidupan suka duka dan pahit manis yang dilaluinya selama 50 tahun dia menghuni di dunia ini..



IN OUR MEMORIES,YOUR:
"MOON WALK,SONGS,ALBUMS,VOICE,FACE"
ALWAYS IN OUR HEART EVEN YOU HAD GONE IN THIS WORLD

goodbye
MICHAEL JACKSON
we miss you..

Friday, June 19, 2009

penGalaMan pRojek D

jumaat,19 jun
ptg jumaat ada kelas akaun kt sekalah..
ape nk bt,,pexsa spm dh nk dekat lah katakan 4 bulan je lagi..cuax tu!!!!!!
so nk xnk kena lah jugak pergi...
dah lah t klu cite panjag2 x cite lak projek D aku ni kan.....

skip...

kat rumah nizam....
hari ini merupakan pengalaman baru dalam hidupku selama ini..
first time tuu..rasa kenikmatan bt projek D (makan durian) di bawah pokok....huhuhuhu..
korang mesti pelikan sebab aku panggilnya projek D..

P=Pergi
R=Ramai-ramai
O=naik mOtor
J=Jom
E=Eat
K=Kat bawah pokok
D=Durian

punya lah best time tu sebab aku dan member2
( diba,afiqah,imah,nisak,imla,ezzaty,salleh,eric,najib,farid,akmal,naqiu dan cikgu hamzah)

yang lain memang x pernah
makan durian dalam keadaan santai macam tu..
makan punya makan..
tiba-tiba....
errk!!!
sendawa durian tuu,,
tengok2 najib rupanya..
eeee...busuk tu!!!
bau durian pulak tu...
ish3...
cover2 lah sikit...

skip...

bila time balik je..
dapat satu kereta sorong durian dari nizam..
kalau nak kasi pon,,agak2 lah...
sampai x muat bonet kereta inova cikgu hamzah...

ok r,,
sampai sini je bt kali ni..
sebab mfk dah xda idea nak tulis dah..
gara2 penat tengok member2 n cikgu makan durian...
mfk memang x minat sangat durian...hehehehe
tau2 dah hilang je sume idea tadi...
huhuhuhuhu...
bubye...

the end.....

10 ciri-ciri wanita pilihanku...



ciri-ciri wanita pilihan ku..


1-semestinya perempuan...hu3
2-islam agamanya
3-cantik
4-cheerful
5-memahami
6-tidak sombong
7-pandai mengambil hatiku kalau aku sedih..
8-tidak mengada-ngada
9-serasi bila bersama
10-pandai masak...kuang3

kepada sesiapa yang boleh memenuhi kretiria tersebut,,
dia dpat.....


hahahaha...xdpt ape2 pon..

Sunday, May 31, 2009

peNantiAN yanG kU tungGU..

semalam..
lebih kurang kol 10.30 malam..
penantian ku berakhir jua..
sesorang yang ku tunggu telah muncul kembali
dia muncul tanpa ku sangka
dengan secara tiba-tiba dia muncul...
ku percaya bahawa dia akan kembali semula pada suatu masa yang ku tidak ketahui bila masanya..
bagaikan tidak percaya..
yang dia telah kembali dalam penantian ku selama ini..
akhirnya semuanya telah terjawab..
aku berasa sangat gembira dengan kehadiranya
walaupun hanya untuk seketika...
tetapi bagiku itu sudah memadai
untuk membalas semula penantianku selama ini pada dirinya..

Friday, May 29, 2009

bErakhirye..

hari jumaat..
tepat kol 10.40pg
teriakan suara.....yahoo...yeah..yeah
exam mid year dh hbis..
bru tenang sikit pale otak aku..
leh lah rilex cikit dlm dua minggu ni..
pastu smbg lek study...

Friday, May 15, 2009

menang dgn cara....

hari rabu 13/05/2009 yg lepas..
aku masuk pertandingan kuiz komsas bm di ayer baloi..
sampai je kat sana,,terus je masuk dewan..
masuk je kan..terkejut aku dibuat ye sbb sume peserta sedang baca nota2 komsas..
aku dgn kawan aku (eric) bt bodoh je..
sbb kitaorang time tu memang dah xleh masuk lagi dah..
kepala pening giler masa tuu..sbb main game psp cikgu masa dalam kereta..ha3
tapi kan yg best ye..aku dgn eric bincang satu taktik kotor sbelum pertandingan..
takot2 lah masa pertandingan x dapat jawab,,so stan by je lah..he3
kalau jawapan A ketuk kerusi 1 kali,B 2kali,C 3kali,D 4kali..
tapi cuak jugak sbb panel hakim bg warning kat kita orang sbb dia ingat kami berbincang jawapan..
padahal,hampeh!!..bincang pun tak,,cuma borak kosong je...hehehe
senang2 je hakim kena tipu hidup2 ngn aku,,sebab aku bg jawapan guna isyarat bukan ye berbincang..:P
pe lah kan...

aksi2 lepas pertandingan sambil tunggu keputusan...



penat pikir...



last2,,dapat no 3 tu dari 12 sek...hahaha
amacam..hebat tak??..main tipu!!
hidup ni kena pandai pakai otak baru boleh berjaya...
betol tak..p dengan cara yg betol k...XD

Monday, May 11, 2009

terlampau taksub...

kol 6.3o pg...
adik...ooh..adik
bagun..bagun..
dah pagi..matahari dh muncul ni.....
cepat siap2,jap lagi nk g sek..

*****

mimpi yg berlegar2 di kepala masa tido trus lenyap...
kerna terkezut ngn kejutan mak...
mimpi jadi husband maya karin tu..
tinggi tol anggan2 aku ni kan...menyampah!!
huhuhuhu....
aku pun capai je tuala dan terus masuk toilet utk mandi...
duush....duush...duush...bunyi air kat toilet~~~
hehehehehe...

*****

selepas 10 minit mandi,..
terus je ciap2 pakai baju untuk ke sek...
amik baju uniform sek yg telah tersedia selama seminggu...pehh!!dh ready lama tu...
dan berlaku lah perbualan aku dgn mak aku..baca ye!!

dialog antara aku ngn mak masa pagi2 buta.....
adik cepat sikit ciap,,mak dah lmbat ni...-MAK
ye...ye..ye..on the way ni...-AKU
asl lmbat sangat klu ngh ciap2??macam pompuan lah ko ni...bersolek lmbt sangat..-MAK
alaaa,,mak ni...bukan salah adik lah,,baju ni ha yg xnak masuk2 dlm seluar ni...mak salahkan lah baju ni....hahaha-AKU
oooh..pandai loyar buruk ea pagi2 ni...mak xkira,,baik ko cepat sikit ciap..kalau x.......-MAK
kalau x pe ??-AKU
ko pikir lah sendiri..mak xda masa nak bg tau...tu pun klau nak rasa g sek jalan kaki.....-MAK
yelah...yelah...dah ciap ni!!!-AKU

******

tiba-tiba,,kak mas dtg menyampuk...

ko ni mcm lah xblh cepat sikit ciap...mak kn dah lmbat...-KAK MAS
pe nak jadi ngn ko ni dik..time sume org tido malam tadi ko tgk bola sampai pagi..kan dh lmbat ciap..-KAK MAS
sibuk je ko ni....(marah)-AKU

sebaik je keluar dari bilik,,aku pn terus je capai beg sek dan buku..
masa sibuk amik beg sek...
tiba-tiba,,aku terlihat time table..
dan aku baru perasan yang ari ni sepatutnya bukan ari persekolahan..
tengok kt handphone...
rupa-rupa ye,,ari ni ari sabtu...
hahahahahahaha......(^_^)
satu rumah kecoh dgn kerna gelakan aku pagi-pagi buta...
tu lah masa ari sek xda semangat lah...xnk g sek lah..ada je alasan yg diberi..
dah tu masa ari cuti time tu lah sibuk-sibuk nak g sek...dh xbtol agak ye kan aku ni~~~huhuhu...

******

selang beberapa minit...
aku pergi ke bilik untuk tngok handphone sama ada,,ada msj atau tak...
bkak2 je..da satu msj yg aku tersilap baca..

from:azimah
ari ni da class bi kol9.30 pagi kt sek..
diharap sume yer dpt hadir..

laaaa...class kol 9.30 pg..
yg aku ciap awal giler ni nape??buang tebiat ke aku ni...
teruk...teruk...
dh buta agak ye kot..tak pun dh xreti baca msj...
yg tau hanya bola...bola...bola...xhbis-hbis dgn team MU tuuu..
bukanye leh bawa mati pun nanti...opps!!terlepas cakap plak...
lek ar,,aku belum puas lagi hidup kat dunia ni....hehehe...merepek dah~~

*****

pe lagi aku pun smbung balik tido...
bagi aku tido lagi nikmat dari g sek tu...
aduyai...pe nak jadi ni!!dh lah tahun ni nak amik SPM..
kata nak straight A...
iah3...
doa-doakan lah...AMIN




tepat kol 9.30 pagi...



sampai di sek...
jalan dengan laju ye bak kilat sabun-meyabung..
takut tu...
kang bila je smpai depan kelas cikgu norziha dah ngajar..
silap-silap kena halau dan x boleh masuk kelas dia smpai akhir tahun..
melopong je ar nanti coze kena belajo sndiri...dah lh kurang hebat dalam sbjek bahasa inggeris..
klau cakp hebat ar,,p klau bt ayat...hancus..p xda lah teruk sngat...boooleh lah!!
klau nk dapat B3 @B4..xpn A1 tuu...harap2 tercapai k..
aku bukan ye takut sngat fgn cikgu norziha tu..
p cuma hormat je coze diakan cikgu..
p kadang2,,cuak gak ngn dia....tegas tu!!!
xda lah tegas setiap masa..kadang2 da lah jugak bt lawak...
klau dia dh bt lawak tu yang x bleh tahan...mesti lawak ye standart giler b*** pnya...
aiii...dah melalut jauh ni...smpai ne eak tadi???
owhh...dah ingt dah..
nasib baik tau sampai2 je dia tengah da kelas dgn kelas f3...
nasibku baik ari tu...kalau x...paham2 je lah ea...


kring...............(bunyi loceng)
aik..masa bukan ari sek pn da bunyi loceng gak ke??
pelik tol...
pe2 pn giliran kelas aku plak belajo dgn dia...
tarik nafas dulu....in...out....in..out...
dah okey pn....
bubbye...aku nk msuk kelas dulu ni...
coze dah xda idea nak tulis lagi ni....
daa~~~
(^_*)

Tuesday, May 5, 2009

mEmoRieS sOFtbaLL 2007...




PART 1

skrg aku nk cite ckit tntg pengalaman aku time men softball...time 2 aku F3...ada lah satu msa membe aku leh bt lawak bodoh dia tme on game...truk tol lah!!ada ke ptut dia leh berlakon time nak pukul bola..mcm ni,,time dia nak pukul bola dak sek len salah baling..so kena lah kat kaki dia..dia pe lagi berlakon lah mcm org kat dalam tv tuuu...kena ye sikit je,,p meraung mcam orang kena sunat....hehehehehe...kalah pelakon terbaik tu!!!kita org gelak giler b**i time tu...empire dngn belas kasihan pun bg "free walk" iaitu pergi ke base 1 tnpa pukul bola...yang siot ye an,,membe aku tu leh plak jalan dgn btol time 2,..smbil ketawa terbahak2 tuuu sbb empire kena tipu dgn dia...hahahaha...main kotor tu..sek ne lah kn???empire tu pe lagi,,pnas je semacam...nak pukul tkot kena cekup plak ngn polis....sabar je lah,,bdak2 katakan...cikgu hamzah geleng kepala je kat luar sbb pelik dgn perangai pemain2 yg xmsuk akal..ish3...pe nk jadi ni??

PART2

perkara ni berlaku time kita org dh hbis game...
dah lh membe aku sume ye gile2 kpala ye...dorang je,,aku x ea!!kita org pe lg g lah ke koperasi sek yg kami pegi..masuk2 je da awek mngu kat kaunter..peeh!!cantik siot...meleleh air luir tuuu...huhuhu
awek ye dh lh cntik,,putih plak 2..aku rase pki FAIR N LOVELY kot...3 minggu dh putih msm tepung!!nk lh miang time tu,,time 2 lah mntak no hp,,tnya form bpe??,,dduk kt ne,,dh da BALAK lm..oops!bkan kayu balak ea>>biase lah dak2 bru nk remaja..ak pn sbnarye pn x tlepas gak cri awek...hehehe..2 kali 5 je!!last kali satu hasil pn xda....kah3

PART3

dalam bnyk2 part,part ni lah yg aku pling suka skali...cze part ni xkn aku lpakan smpi bila2..
lpas je hbis game,tiba lh masa untuk pnyampaian hadiah untuk para pemenang...klu xsilap aku lh,,15 buah sek join adventure dlam softball..tanpa diduga dan diramal sek aku telah mndapat no2 tuuu..aku berasa sgt bersyukur kepada-NYA kerna........merepak dh ni!!dh lah meereng otak ye,,pastu leh lak bt arok kt tengah2 padang dgn bt tarian gile2..pe,,korang ingt padang tu tmpat clubing ke??harap je sek tinggi2,p otak latak kat lutut....mara tu~~


kah3...teruk tol lah pengalaman aku kan..
pe2 pun kenangan akan ku igt smpi bila2..walaupun dh tua nyayok sekali pun...hehehe!!!
lastly,,aku harap ex-dak2 softball(asyraf-1st base U18,syah-picther U15,fahmi-catcher U15,epul-catcher-U18 n ramai lg lor)yang dh pindah sek ataupun dh tamat sek akan ingt kenangan terindah kita bersama sewaktu mewakili sek ataupun mewakili daerah pontian dan negeri johor (bg yg pernah je)..MISS U ALL~~


***LIFE FOR SEMESTA'S SOFTBALL***

Sunday, May 3, 2009

GhaiRAh~~~



di malam yang dingin..
aku terlihat lembaga hitam di depan mata ku...
aku mengejar ke arahnya dengan kakiku ini...
dengan selamba ku menyentuhinya,,,akhirnya baru ku tau itu hanya sebuah lap top...
hahahahaha...

tu baru intro je...:p

*****
malam semalam..tepat kol 12.00,aku dengan my bro buka laptop untuk mengkaji sesuatu yang baru,,,,
benda yang hendak dikaji adalah sesuatu yang aku tidak pernah cuba selama aku hidup...(alaa,bru 17 tahun je dah nak kecoh..tu pun blum ckup lagi..:D)

*****

kami terus dan terus mengkaji...
rupa-rupanya my bro suruh aku mengkaji mengenai game poker(judi) kerna dia hendak aku menjadi seorang yang hebat dalam berjudi ( macam stephen chow dalam cite GOD OF GAMBLER)..korang jgn gelak plak ea klu aku silap eja!!huhuhuhu...

dalam fikiranku,,adakah benar jalan yang aku pilih ni???...dh mula merepek lah ni...opps~~
aku maen dan terus bermaen sehingga puas...korang jgn pikir laen plak ea,,,like we know,manusia mana pernah puas dengan ape yang mereka ada sbb terlalu ikutkan sgt hawa nafsu yang mcam haiwan...

*****

aku berasa sngat gembira tau pun happy dlm BI lorrrr....sampai x ingt dunia tu,,,,
sbb dpat menang RM 91000 dalam tangan tu...peehhh!klu da depan mata tu,,hbis wuet tu aku bt g beronggeng dgn membe2 aku...

tanpa memikirkan sebab dan akibatnya (e'eh dah mcm subjek sejarah lah plak an kna pikir sebab & akibatnya...)aku terus melaburkan duit hasi titik peluhku selama malam ni ke meja perjudian...PERINGATAN :"JANGAN MENCUBA AKSI INI DI RUMAH ATAUPUN DI TEMPAT2 LAIN KERANA BERJUDI ITU BERDOSA BESAR"..p klu dlam game xpe,,dimaafkan...huhuhuhu(^_^)

korang msti nak tau kan pe akhirnya...


finally,,aku telah kehilangan duit yg begitu bnyak....frust n tension tu!!!pnat tau nak kumpol duit tu,n bkan snang nak menang....nasib baek duit aku dalam bank xda ape2 an...da lah gak dalam 10 angka...bnyak tu 7 keturunan x habis....mcam tipu lah plak an!!!

m.f.ktallestoles....
~~~THE END~~

:: song to hear - terhenti disini ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...