: check list :

Sunday, August 30, 2009

terawih...oh...terawih....

"NO EATING OR DRINKING AND ALSO SMOKING"

puasa menjelma,,, menandakan semua umat islam wajib menunaikannya selama sebulan,, kata orang tua-tua sesiapa yang tidak berpuasa tidak boleh raya... hehehehe,,,itu sebenarnya sebagai galakan kepada budak-budak kecil yang baru sahaja hendak mengenali erti berpuasa,,, dalam banyak-banyak bulan,,bulan puasalah kebanyakan orang mengalami mulut berbau,, mana tidaknya,,bulan puasakan tidak boleh makan seharian sehingga masuk waktu maghrib... so,,kepada semua faham-faham aje lah bahawa kena gosok gigi sebelum bercakap di halayak orang ramai,,,hehehehe....

malam pertama terawih sebelum puasa,, ramai orang pergi ke masjid-masjid ataupun surau-surau yang berdekatan,, saf-saf penuh dengan orang,,mana tidaknya orang ramai bersemangat menyambut puasa pada keesokan harinya,,
rakaat pertama,,,,kedua,,,ketiga,,,,sampai aje yang kelapan,,,
tub-tub,,pusing aje kepala kebelakang ramai yang cabut balik rumah,,

tapi sekurang-kurangnya surau masih penuh lagi dengan orang....

malam kedua...ketiga..keempat..kelima dan keenam,,
keadaan sama sahaja macam malam-sebelumnya...


selepas seminggu ,,
bermula pada malam inilah keadaan di surau dan masjid mula berubah...
saf-saf tidak seperti yang sebelumnya,,
surau dan masjid mula lenggang dan hanya tinggal 2 hingga 3 saf sahaja..

selepas siap sahaja rakaat kelapan,,,
saf mula tinggal dua sahaja,,

itu pun dah dikira baik lah jugak,,
kadang-kadang tinggal satu saf sahaja..

setelah ditemuramah oleh wartawan yang tidak diiktiraf,,
mengapa orang ramai lebih suka
membuat lapan rakaat berbanding dengan 23 rakaat termasuk solat witir,,,
jawapanya ialah mereka mengikut sunah Nabi Muhammad S.A.W..

ooooohhh,,,, mereka sebenarnya kalau pasal itu sungguh mahir sekali,,,,
cuba ditanya kenapa bulan syawal tidak disambut satu hari sahaja??
kalau ditanya soalan ini pasti seribu satu alasan dikemukakan...


moral of the story,,,

kita tidak sepatutnya meninggalkan perkara yang baik dan disukai ALLAH..
sebaliknya kita seharusnya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dalam bulan puasa kerana ianya datang sekali sahaja dalam setahun,,
ini sebagai neasihat kepada diriku dan semua umat islam di dunia ini,,,
so,,banyak-banyakanlah membuat amal jariah dalam bulan puasa kali ini...


"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA"

FROM-MFK_2118

:: song to hear - terhenti disini ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...