: check list :

Tuesday, August 16, 2011

nothing is impossible!

Sejak akhir-akhir ni,semangat aku down giler sebab agak tertekanlah dengan beberapa subjek untuk semester ni.terutamanya subjek Basic Solid Mechanics (ECS 208) dan Calculus 2 (MAT 235).mana taknya,aku study ECS 208 dari minggu lepas still sampai sekarang masih tak faham lagi dengan topik Shear Stress and Bending Moment.aku tengok kawan-kawan aku yang lain cepat je diaorang faham,tapi aku still lambat macam kura-kura..bila buat latihan,jawapan yang aku dapat mesti tak sama dengan mereka,bila aku minta diorang ajarkan,diorang macam nak tak nak je ajar aku.....ko mesti THINK POSITIVE,OK! mungkin diorang pun tak pasti dengan jawapannya,,yelah tak kan lah diorang nak ajarkan aku benda yang salah pulak kan dan ko kena faham setiap orang tahap IQ masing-masing berlainan,so ko tak bolehlah nak bandingkan ko dengan mereka....kadang-kadang itu,nak give up pon ada gak,tapi kalau aku give up macam itu je,sampai bila-bila pon aku tak kan faham topik tu,,,so,nanti final nak jawab ape lak?dah lah topik itu kat final exam 15 markah sahaja untuk soalan itu...masak beb!!...hati ni,aku baru je dapat markah test 2 untuk MAT 235,ada peningkatan lah dari markah test 1 yang dulu,tapi still tak dapat challenge kawan aku sebab dia dapat full mark!!tak ape,ko kena belajar dari kesilapan sendiri,..dan yang pasti ko tak akan ulang lagi kesilapan yang sama untuk final exam nanti.....kuatkan semangat,ok! ko mesti pegang prinsip ni,....

" tiada perkara yang mustahil di dunia ini.......asalkan kita tahu yang kita mampu mengubahnya....."


p/s : jangan cepat mudah mengalah.....=)

Monday, August 8, 2011

thank you NAJIHAH RAMLI


Ahad,
7 ogos 2011,
1st Avenue.Shopping complex pilihan Najihah Ramli (gyha) sebabnya dia kata kat situ je ada jual selipar jenis fipper.Kalau tanya aku prefer 1st Avenue atau Queens bay,semestinya Queens bay sebab kat sana banyak butik terutamanya Al-Ikhsan sebabnya bolelah aku beli jersey Malaysia sempena birthday present dari abang-abangku tapi last-last kena beli kat Johor gak akhirnya sebab tak ada outlet al-ikhsan kat situ.Then,masa beli fipper,gyha ada offer fipper untuk aku tapi aku cakap dah ada sebabnya ingatkan dia main-main je..rupa-rupa betul..aahh,,melepas sudah!!Tapi yang paling penting untuk entry kali ini,aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada Najihah Ramli sebab tolong pilihkan baju raya untuk anak buah aku,Nur Qalesya Amani.Memang penat yang teramat sangat sebab susah sangat nak jumpa baju yang berkenan di hati.Nasib baik ada kau,kalau aku sorang memang tinggal harapan je lah.....=D...ada bagusnya jugak ajak kau teman aku pergi beli barang..hahaha....6.00 petang,masih belum decide lagi nak berbuka puasa kat mana..lastly,kat Jusco Permatang Pauh juga jadi pilihan..Gara-gara driver bus yang lambat,plus dengan kesengalan gyha yang lambat press loceng bas,menapak gak lah tapi nasib baik tak jauh sangat..hahaha...terbaik lah gyha!8.15 berbuka puasa kat Pizza Hut then beli kek kat Secret Recipe...gyha yang belanja..=D...balik ke UiTM...
+the end+



Antara gambar-gambar baju raya untuk Nur Qalesya Amani yang uncle belikan,,....=D


...baby tweety...

cantik x??


brand Looyey Tunes


harga dirahsiakan....=D




p/s : Thank you Najihah Ramli sebab teman aku pergi beli baju raya untuk anak buah aku,Nur Qalesya                                 
        Amani.......

Thursday, July 7, 2011

sekali lagi

petang tadi sekali lagi aku dapat berita yang mengejutkan
dari family.abg wan telefon dari johor menyatakan bahawa adik saudara aku
afiqah binti hj.ahmad yahya yang mesra dengan panggilan kak fiqa
 telah dimasukan ke ICU (unit rawatan rapi) di Hospital Putra Batu Pahat.
terkejut aku bila diberitahu berita itu,mana tidaknya dia baru sahaja berusia 14 tahun 
dan telah menerima dugaan seperti itu..ini merupakan kali kedua 
aku dapat berita yang mengejutkan dalam tempoh sebulan.
yang pertama dulu,aku diberitahu mengenai kehilanggan 
nenek sebelah emak aku,yang telah menghadap yang Maha Esa buat selama-lamanya
dan kini adik saudara aku pula dimasukan ke ICU akibat jantungnya bengkak 
serta blood pressure ye naik 180/115.
banyak sungguh dugaan yang perlu ditempuhi oleh famliy aku.
satu persatu dugaan yang diberikan olehNya kepada kami semua.



tak lupa juga aku sedekahkan Al-Fatihah buat Pon binti Abdullah,arwah nenekku.Sadimon bin Kormin,arwah atukku.Kasmunee bin Sadimon,arwah ayahku.Kasnoon bin Sadimon,arwah pak ngahku.Kasmurin bin Sadimon,arwah pak usuku dan Wan Mansor bin Wan Hassan,arwah ayah abg wan serta 
kepada muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia, semoga semuanya ditempatkan dalam 
kalangan orang-orang yang beriman.....Amin



p/s : kami semua mendoakan semoga kak fiqa cepat sembuh dan sihat seperti selalu......

Monday, July 4, 2011

mungkin suatu hari nanti.......


bila kita berbual tentang mahasiswa mahasiswi kita yang melanjutkan pelajaran di luar negara mesti terlintas di hati kita yang mereka semuanya mesti pandai belaka.yelah,hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat peluang begitu terutamanya pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM,MATRIKULASI dan seangkatannya.
result mereka mesti gempak giler sebut sahaja pasal scholarship......JPA......MARA....itu sebahagian daripadanya yang confirm akan taja pengajian mereka di sana.sebenarnya,sejak kebelakangan ini aku selalu baca status kt Facebook ataupun di blog-blog tentang belajar di luar negara..memang tak dinafikan aku ada simpan hasrat untuk melanjutkan pengajianku di sana sejak waktu sekolah duu,,namun masih belum rezeki aku untuk dapat peluang macam itu dan aku hanya berserah kepadaNya.aku sangat bertuah sebab dapat kawan seperti mohd amir asyraf bin hamzahdan nadhirah razanah binti shahrol sebab mereka dapat peluang untuk pergi ke luar negarasekarang masing-masing tengah sibuk dalam persediaan A-Level.asyraf dapat pergi ke eropah dalam jurusan bio-tech,nadhirah puladapat pergi ke Ireland dalam bidang medik.aku...bila??di mana??semua itu sering menjadi teka-teki bagi akuadakah aku mampu seperti mereka??hanya aku sahaja yang tahu jawapanya.......ape yang aku boleh buat sekarang,hanya belajar,,belajar dan terus belajar tanpa jemu sehingga mendapat keputusan yang cemerlangdan supaya impian aku ini tercapai...




p/s : ingin sambung pengajian di luar negara dalam bidang civil engineering....=)


Sunday, June 19, 2011

Tuesday, May 31, 2011

:new:

assalamualaikum....
sudah sebulan lebih aku tak update blog aku ni..sebabnya aku malas nak buka & tak da idea nak tulis...haha tapi entry kali ni aku nak kongsitp bukan "kongsi" LU LANGSI LU MATI..dengan korang sume yang aku telah masuk semesta 3 dalam jurusan diploma kejuruteraan awam terasa macam baru je aku masuk UiTM Penang ni...pejam celik dah semester 3..cepat masa berlalu..sudah masuk hari kedua aku dalam semester 3 ni..kebanyakan lecture aku cakap yang semester ni agak "taff" subjek ye..tapi ape bole buat itu lah dugaan dalam belajar tak sume ye senang dan tak sume ye susah ape yang penting KERJASAMA...haha
aku main-main je..yang penting adalah usaha..USAHA TANGGA KEJAYAAN..aku juga kena maintain kan aku ye pointer untuk kekal kn dean list(DL)..insyaAllah...amin...


aku nak share dengan korang basikal fixie aku..aku ada cakap yang itu basikal impian aku selama ini..akhir ye tercapai juga


back side

standard 
my bro and mine...

with my new girlfriend.....=)


horeeyy!!

my fixie bike...





p/s : lepas ni nak beli fixie yang body basikal ye carbon..RM 16000 je....hahaha





Sunday, April 24, 2011

:tired:

THE BEST WAY IS SLEEP....
GOOD NIGHT  TO ALL OF YOU.
BYE!!


p/s : Zzzzzzzzz.......

Saturday, April 16, 2011

:fixie:

entry kali ini aku nak share something
sejak lihat ramai pelajar UiTM Penang guna basikal fixie ni
lagipun kat KL dah berlambak orang pakai basikal ini...
aku rasa aku pun dah minat dengan basikal tu...
maybe satu hari aku akan beli basikal tu 
walaupun harganya agak mahal lebih kurang RM 500 ke atas
memang tak dinafikan,body basikal ini je boleh cecah RM 3000..
orang mugkin cakap basikal je pun,,buat ape nak beli mahal-mahal
membazir duit je..tapi ramai yang beli basikal ini hanya untuk hobi 
dan beri kepuasan pada mereka..orang kata kalau dah minat sesuatu benda tu
tak kisahlah walaupun mahal tetap akan beli...
asalkan dapat benda yang diimpikan selama ini..


inilah rupa basikal fixie,ada banyak jenis
aku pun tak bape sure jenis-jenisnya....
















p/s : harap sangat dapat beli basikal ini....

Calculus 1

semalam petang (jumaat) merupakan last test untuk subjek calculus 1,test kali ini memang susah sikit dari sebelum ini,tengok je soalan,,aku blur kejap tak tau asal tiba-tiba boleh blur maybe tak sangka soalan ye susah macam ni ada satu soalan aku mampu buat separuh je sebab tak sempat nak siapkan....
emm..entahlah kali ini markah test aku bape lah agaknya kan??tapi yang pasti mesti teruk giler markah aku kali ini..apa aku boleh buat,perkara dah lepas dan tak usah difikir lagi
yang paling penting aku dah try buat yang terbaik tapi aku puas dengan usaha aku kali ini walaupun aku tau test kali ini tak capai target i have done my work....just pray and tawakal...



Saturday, March 5, 2011

: ayah & ibu :




sabtu
 pukul 5 petang ini
ayah dan ibu akan bertolak dari jb dan terus ke lapangan terbang singapura 
untuk menunaikan ibadah umrah...
kami sume di sini mendoakan semoga ayah dan ibu selamat dalam 
perjalanan pergi dan balik...
diberi kesihatan yang baik semasa berada di sana..
dapat menunaikan ibadah umrah dengan lancar..
kami sume sayang ayah dan ibu
terima kasih atas segalanya...



p/s : sedih sebab tak dapat balik jb untuk hantar ayah dan ibu.....=(

Friday, March 4, 2011

: F.R.I.E.N.D :

...FRIEND...
has a lot of meaning
but for me
FRIEND is everything
without friend live is meaningless


akhmal bin sakiman..

adibah binti baharom...dua dari kanan

tan ying tyng (eric)

muhammad farid bin ambok mosik

nur afiqah binti amaran(kiri) & imla syafiqah binti salleh(kanan)

muhammad naqiudin bin md  esak

siti nurkhairunisak binti abu hamin

siti nur aziemah & muhammad shahrulnizam

nur sakinah binti abdul rahman

mohd najib bin ajis....pakai baju melayu warna coklat

muhammad sallehudin bin abdul rashid


mohd amir asyraf bin hamzah
for those which their picture is not include in this entry
i'm very sorry because don't mean i totally forget about u all
but i don't have ur picture
but we still friend..
i miss u all so much...
time while we hang out together
and i will always remember our memories....=)
....friend in need is friend indeed....


this song i dedicate for u all
sahabat by aizat






p/s : still find friends which call as a sahabat.....




Wednesday, March 2, 2011

: why :

....mfk...
what wrong with u??
why u always remember that person.


sometime,i send sms but this person does not reply...
sometime,i want to call but i afraid...
sometime,i want to chatting  but this person always busy..
sometime, i want Skype with this person but this person does not online...


until now,i still did not get the answer.
why i always be like that... 
am i crazy????
hmm....



........i don't have the answer right now.......


p/s: anyone..please help me!!

Tuesday, March 1, 2011

heavy flu

today,,
i'm feel not very well because i had a heavy flu since yesterday.
during in the engineering drawing class in the morning
i also can't concentrate to draw the development drawing topic.
just because of that,i can't finish my drawing during the class but the drawing
just as homework not as assignment.
so,i went to UK (unit kesihatan) to take the medicine
i got two type medicines..one for vitamin C and another one is for flu..
alhamdulillah..my heavy flu is getting better right now



p/s : i'm okay right now....=)  

Monday, February 28, 2011

february

Monday
28th February 2011
today is the last day in this month.
as we know February is very special month among the others because it only has 28 days.
Although,it is short but it can be a very special months in our lives.
for me,,February has a lot of memories because on this month i had learned many things 
about life,,relationship between friends and time.
i thinks let it be a secret and only me know what happen during this month.
only this that i can share to all of u...
be strong mfk!!
don't give up..
only u can solve this problem........
February has taught me everything......
good bye February
welcome to March...
=)



p/s : sorry klu ayat @ grammar kt atas ada salah k....because i'm in learning process =)  

Friday, February 25, 2011

fuuhhh...akhirnya!!

ptg tadi aku ada test geology...bagi aku geology ni "killer subject"...
mana taknya,,agak susah nak faham lah bahasanya....
dah tu tambah lagi dengan perkataan saintifiknya lagi yang nak kena ingat....
waaaahhhhh!!!!
banyak kusut mey macam ni.....
semalam tak tidur lena aku sebab asik fikir tentang geology ni...
sampai pagi tadi tak pergi kelas CTU 151....baru ponteng sekali je!!
hahaha...=)
tapik yang kuar test takda lah banyak sangat
cuma 3 topik je...
baca sekali bukan bole terus faham..kena ulang dua tiga kali 
baru bole faham....tu pon ada gak certain-certain part yang aku
tak bape nak faham sangat lah...
tapi atas berkat usaha aku yang gigih akhirnya faham juga ....
yes!!
aku suka..........geology!!!
finally,,test geology dah berakhir jua..yang akan menyusul pula
test lukisan kejuruteraan ( LK ) dan fizik...
adush....LK lah pulak!!
aku dah lah takda basic LK sebelum ni.kat sini lah aku baru mengenal ape
itu yang dinamakan LK.
subjek ni agak menariklah,,,tapi agak tak menariklah kalau buat-buat 
lukisan asik tak jadi je....
tu yang aku cukup benci!!
tapi atas sebab target aku untuk sem ni,,aku akn berusaha untuk 
kuasai dua subjek ni yang bagi aku "the most kiler subject"
untuk semester kali ni....



gambar masa makmal geology yang lepas...


sebelum : marble rock(kiri) and granite rock(tengah & kanan)



alat pemecah batu...




batu-batu selepas dipecahkan....


masa experiment ni dijalankan agak kecoh gak r makmal sebab
batu-batu yang dipecahkan itu terbang mencari mangsa...
nasib baik aku tak kena...=)
kepada sape yang kena tu,,nasib korang memang tak baik...
hahaha,......
fun giler dapat buat experiment tu...
mana taknya,aku tak pernah buat pon benda ni sebelum ni..
first time in my life!



oklah,,aku nak sambung buat assignment yang bertimbun giler ni...
.....sayonara.....




p/s : esok ada pulak kelas ganti LK...ingatkan baru nak bangun lambat esok!!











Thursday, February 10, 2011

| fall in love with kotak suiz |

semalam hari yang malang bagi aku sebabnya terlanggar 
kotak suiz dekat depan laman perdana
ini sume gara-gara khusyuk giler baca surat khabar sambil
 jalan otw nak pergi test mate...
tup-tup.....kedegang!
....aduh....
tuah berpihak pada aku sebab tak ada orang yang perasan
kalaulah ada yang perasan masa tu,,malu giler seyh!!
ada gak aku sorok muka kat dalam kotak suiz tu..tapi muat ke??
hahaha....
boleh pulak kepala aku terkiss kotak suiz tu,
agak-agak kalaulah muka aku yang kiss
kotak suiz tu..
confirm mesti sakit tahap cipan lah...
hahahaha....
nak jadikan cite,,kepala aku pening dan otak macam biol sekejap
mana taknya,,oarang tanya lain,lain yang aku jawab...
cakap pon boleh salah gak...
"maybe something wrong somewhere"
jadi bahan gelak je aku dengan membe-membe semalam......
nasib badan....=(


p/s : jangan baca surat kabar semasa berjalan......haha

Monday, February 7, 2011

learn from mistake




perkataan learn from mistake akan aku ingat sampai bila-bila..
hanya disebabkan kesilapan kecil sahaja markah test fizik jatuh mendadak..
bagi aku tu sudah cukup teruk
hanya Allah sahaja yang tau perasaan aku ketika dapat result test fizik....


avoid to create any mistake


result that we get after learn from any mistake..



lega rasanya...

rasa rindu pulak aku dengan blog aku ni sebab sudah hampir sebulan aku tak tulis ape-ape kat sini...busy lah katakan....busy sangat ke aku ni??hahaha....oklah,balik pada topik kali ini ialah tentang majlis perkahwinan sepupu aku masa cuti raya cina yang lepas ni..majlisnye je 4 hari 3 malam termasuk dengan hari persiapan....fuhh!!penat giler..mana taknya tak pernah aku handle majlis macam ni....hanya Allah sahaja yang tahu betapa penatnya aku dan ahli keluarga yang lain.....akhirnya,selesai jua majlis yang telah dirancang setahun yang lalu......lega rasanya!!

p/s : gambar majlis perkahwinan tak sempat nak upload sebab ada 2000++ gambar....kalau free aku upload ok....

Sunday, January 2, 2011

first day in 2011

sabtu
1 januari 2011

aku mencipta sejarah sejak aku pulang rumah dengan bangun seawal pukul 4.30 pg.tiket flight aku ke penang pukul 8.25 pagi.dah siap-siap semuanya gerak ke lapangan terbang antarabangsa senai.sampai saje daftar masuk kat kaunter.minum teh tarik sambil tunggu untuk masa perlepasan.biasanya aku keseorangan tapi kali ini aku bersama kawan aku..tepat pukul 8.25 pagi flight yang aku naik tak take off lagi..masalahnya berpunca dari lelaki cina yang bernama Sai Chin Chea...bunyinya lebih kurang macam tu lah...rupa-rupanya dia tak jadi naik flight pagi ini..petugas lapangan terbang sibuk mencari lelaki bertuah tu.sampai kapten kapal terbang pun bising-bising..

tepat pukul 9.30 pagi sampi juga dekat lapangan terbang antarabangsa bayan lepas.uruskan bagasi dan tunggu kawan kepada kawan aku datang ambil dekat situ.sampai UiTM Pulau Pinang pukul 11.30 pagi.daftar kemasukan kolej dan aku orang pertama yang masuk bilik 5.18 ( wing B ).gerak terus ke jusco.makan tengah hari kat sana.cari barang makanan punyalah banyak,,last-last masa bayar plastik tak ada..diganti dengan kotak.sekarang dekat penang kampen setiap hari tanpa pelastik beg kecuali di pasar.petangnya aku bosan terlampau.akhirnya online facebook je sampai malam....sebagai peneman dikala kesunyian sebab aku seorang sahaja di bilik walaupun bilik ini dimuatkan untuk empat orang...

malam makan nasi goreng kampung.minum air teh o asi limau.eerrrrkkk!!kenayang gak akhirnya....pastu,ambil barang dekat blik bacaan zamrud.tak banyak sangat cuma 1 kotak,1 bantal dan 1 baldi je..tapi nak mengangkatnya yang lepak..mana tak ye dari kolej zamrud hingga ke kolej baiduri...jauh lah gak lebih kurang 200 meter.dah lah kotak tu berat sangat-sangat...kemas barang-barang sume...online sekejap..rilek-rilek kan badan yang penat.....tapi jawabnya malam ni memang aku tido sorang je lah...tak pe,tu semuanya cabaran dan dugaan..aku kena belajar hidup sendirian...haha...ok lah,ngantuk sudah..out~

p/s : malam yang sunyi dan bosan....

Saturday, January 1, 2011

selamat tinggal & selamat datang 2011

jumaat
31 disember 2010

malam ni malam terakhir aku berada di rumah tercintaku sebab esok aku kena pulang ke pulau pinang untuk kembali ke uitm.....perasaan gembira sebab kuliah dah bermula dan ingin mendapat dekan untuk semesta 2 ni.sebalik gembira ada sedihnya sebab aku kena tinggalkan umah dan family tercinta....

sabtu
1 januari 2011

selamat menyambut tahun baru 2011.semoga berjaya dalam kehidupan dan diberi kesihatan yang baik seta dimurahkan rezeki...=)

:: song to hear - terhenti disini ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...