: check list :

Thursday, July 7, 2011

sekali lagi

petang tadi sekali lagi aku dapat berita yang mengejutkan
dari family.abg wan telefon dari johor menyatakan bahawa adik saudara aku
afiqah binti hj.ahmad yahya yang mesra dengan panggilan kak fiqa
 telah dimasukan ke ICU (unit rawatan rapi) di Hospital Putra Batu Pahat.
terkejut aku bila diberitahu berita itu,mana tidaknya dia baru sahaja berusia 14 tahun 
dan telah menerima dugaan seperti itu..ini merupakan kali kedua 
aku dapat berita yang mengejutkan dalam tempoh sebulan.
yang pertama dulu,aku diberitahu mengenai kehilanggan 
nenek sebelah emak aku,yang telah menghadap yang Maha Esa buat selama-lamanya
dan kini adik saudara aku pula dimasukan ke ICU akibat jantungnya bengkak 
serta blood pressure ye naik 180/115.
banyak sungguh dugaan yang perlu ditempuhi oleh famliy aku.
satu persatu dugaan yang diberikan olehNya kepada kami semua.



tak lupa juga aku sedekahkan Al-Fatihah buat Pon binti Abdullah,arwah nenekku.Sadimon bin Kormin,arwah atukku.Kasmunee bin Sadimon,arwah ayahku.Kasnoon bin Sadimon,arwah pak ngahku.Kasmurin bin Sadimon,arwah pak usuku dan Wan Mansor bin Wan Hassan,arwah ayah abg wan serta 
kepada muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia, semoga semuanya ditempatkan dalam 
kalangan orang-orang yang beriman.....Amin



p/s : kami semua mendoakan semoga kak fiqa cepat sembuh dan sihat seperti selalu......

Monday, July 4, 2011

mungkin suatu hari nanti.......


bila kita berbual tentang mahasiswa mahasiswi kita yang melanjutkan pelajaran di luar negara mesti terlintas di hati kita yang mereka semuanya mesti pandai belaka.yelah,hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat peluang begitu terutamanya pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM,MATRIKULASI dan seangkatannya.
result mereka mesti gempak giler sebut sahaja pasal scholarship......JPA......MARA....itu sebahagian daripadanya yang confirm akan taja pengajian mereka di sana.sebenarnya,sejak kebelakangan ini aku selalu baca status kt Facebook ataupun di blog-blog tentang belajar di luar negara..memang tak dinafikan aku ada simpan hasrat untuk melanjutkan pengajianku di sana sejak waktu sekolah duu,,namun masih belum rezeki aku untuk dapat peluang macam itu dan aku hanya berserah kepadaNya.aku sangat bertuah sebab dapat kawan seperti mohd amir asyraf bin hamzahdan nadhirah razanah binti shahrol sebab mereka dapat peluang untuk pergi ke luar negarasekarang masing-masing tengah sibuk dalam persediaan A-Level.asyraf dapat pergi ke eropah dalam jurusan bio-tech,nadhirah puladapat pergi ke Ireland dalam bidang medik.aku...bila??di mana??semua itu sering menjadi teka-teki bagi akuadakah aku mampu seperti mereka??hanya aku sahaja yang tahu jawapanya.......ape yang aku boleh buat sekarang,hanya belajar,,belajar dan terus belajar tanpa jemu sehingga mendapat keputusan yang cemerlangdan supaya impian aku ini tercapai...




p/s : ingin sambung pengajian di luar negara dalam bidang civil engineering....=)


:: song to hear - terhenti disini ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...