: check list :

Sunday, July 5, 2009

KeNangGAn bErHaRgGa...

khamis,2 july 2009
kali pertama aku dapat melihat angkasawan malaysia ke-2
iaitu Major Dr.Faiz Khalled..
dia membuat lawatan ke sekolah datuk penggawa barat atas jemputan yang diberi..
di sana da menceritakan pengalamannya semasa dalam pemilihan untuk menjadi calon akhir sebagai angkasawan malaysia...
selain itu,dia juga menceritakan mengenai angkasa lepas...

antara soalan dengan Dr.Faiz

soalan : apakah keputusan akhir mengenai eksperimen pengkristalan protien yang dibawa oleh
Dr.Muzafar Shukor ke angkasa lepas?
dan apakah kegunaanya kepada kita?
jawapan : sebenarnya proses pengkristalan protien iaitu lipase tahap kedua merupakan idea
awal Prof.Raja.dia telah memulakan eksperimen itu dulu di bumi dan keputusannya
agak mengecewakan kerana pengkristalan protien itu terlalu kecil dan kandungan
lipase hanyalah 70%..sehubungan itu,Dr.Muzafar membawa eksperimen itu ke
angkasa lepas untuk mengetahui tindak balas lipase tahap kedua terssebut
akhirnya hasil daripada eksperimen itu snagat memuaskan kerana keadaan protien
yang dikristalkan itu tidak terlalu kecil jika dibandingkan di bumi..malahan kandungan
lipase kedua tersebut adalah 80%-90% dan dapat dilihat dengan jelas di bawah
mikroskop..akhirnya keputusan itu boleh dianggap berjaya dan negara jepun
ingin membeli hasil kajian tersebut dengan RM 30juta...malaysia juga telah
mencatatkan sejarah kerana merupakan negara pertama yang melakukan kajian
sebegitu di angkasa lepas dan telah mendapat hasilnya dengan hanya sekali sahaja
eksperimen dilakukan...kegunaanya kepada kita sangat benyak,,antaranya ialah dalam
pemakanan kita..


dengan mengetahui penjelasan Dr.Faiz itu telah menjawab semua soalan aku selama ini..akhirnya semua impian aku selama ini untuk berjumpa dengan Dr.Faiz telah tercapai dan soalan aku telah dijawab olehnya dengan secara terperinci...dan ini merupakan pengalaman aku bersama Dr.Faiz walaupun selama 3 jam..aku juga dapat bergambar bersama Dr.Faiz Khalled sebagai tanda kenangan...


PROGRAM
"CHALLENGE TOWARDS EXCELLENCE"
DI SEKOLAH DATUK PENGGAWA BARAT

No comments:

:: song to hear - terhenti disini ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...